Menurut Agensi Berita Xinhua China, Naib Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kongres Rakyat Kebangsaan China Lu Yongxiang di Beijing semalam menyatakan bahawa China berusaha untuk membantu dan menyokong perusahaan sains dan teknologi yang berukuran kecil dan sederhana dalam beberapa tahun kebelakangan ini, kemampuan pembaharuan perusahaan sains dan teknologi swasta meningkat secara berterusan.
Demikian dikatakan oleh Lu Yongxiang dalam laporan kerja sidang ke-8 Jawatankuasa Tetap Kongres Rarkyat Kebangsaan ke-10 China. Beliau memaklumkan bahawa jumlah keseluruhan perusahaan sains dan teknologi swasta China melebihi 100 ribu buah pada akhir tahun 2002, jumlah pendapatan perusahaan tersebut meningkat lebih 40% daripada tahun 2001. Jumlah dana kewangan yang disediakan oleh kerajaan pusat China berjumlah 2.8 bilion yuan Renminbi agar membantu dengan berkesan aktiviti pembaharuan teknologi perusahaan yang berukuran kecil dan sederhana.
Lu Yongxiang menambah bahawa undang-undang yang menjamin dan mengintensifkan kemajuan sains dan teknologi China kini disempurnakan secara berterusan.
|