Menurut Agensi Berita Xinhua, Timbalan Perdana Menteri Malaysia merangkap Menteri Pertahanan, Najib Tun Razak semalam berkata, Malaysia tidak meminta A.S. membantu Malaysia menjamin keselamatan Selat Melaka untuk mengelakkan pengganas menyerang kawasan itu.
Beliau berkata, mengawal keselamatan di laluan yang paling sibuk di dunia itu merupakan tanggungjawab bersama Malaysia dan Indonesia. "Kami tidak bercadang meminta A.S. mengambil bahagian dalam tindakan keselamatan kami." Beliau berkata, "Meskipun A.S. berharap berbuat demikian, ia mesti mendapat persetujuan kami kerana ini masalah yang berkaitan kedaulatan negara."
Demikian dinyatakan oleh Najib ketika mengulas rencana yang diterbit tentang hal itu. Dalam rencana itu dinyatakan bahawa A.S. merancang untuk menempatkan pasukan marin dan pasukan tentera khasnya di Selat Melaka sebagai tindakan antikeganasan untuk membantu negara-negara Asia Tenggara.
|