Menurut Kementerian Perdagangan China, menteri kewangan pelbagai negara anggota ASEAN akan menghadiri Sidang Menteri Kewangan ASEAN pada 7 April di Singapura. Mereka akan membincangkan trend perkembangan ekonomi serantau dan masa depannya.
Dalam sidang tersebut, para menteri kewangan akan membincangkan cadangan yang dikemukakan dalam sidang lalu, khususnya perkembangan "Projek Kerjasama Kewangan ASEAN" yang dicadangkan pada tahun lalu.
Antara projek tersebut termasuk, mengembangkan, membuka dan menggabungkan pasaran modal dan perkhidmatan kewangan serantau, menyedikan syarat untuk mewujudkan kebebasan perdagangan, pelaburan perkhidmatan dan modal pada masa depan di pelbagai negara anggota.
|