Wartawan CRI melaporkan bahawa pilihan raya Dewan Perwakilan Rakyat Indoensia telah dimulakan hari ini dan seramai lebih 147 juta pengundi berdaftar di seluruh negara itu akan mengundi di lebih 500 ribu pusat pengundian.
Dimaklumkan bahawa pengundian tersebut bermula pada pukul 7:00 pagi waktu tempatan dan akan berakhir pada pukul 1:00 petang. keputusan pilihan raya tersebut akan diumumkan pada pertengahan dan penghujung bulan ini.
Sebanyak 24 buah parti menyertai pilihan raya kali ini, dan seramai lebih 7,700 calon bertanding untuk mendapatkan 550 kerusi Dewan Perwakilan Rakyat. Serentak itu, pilihan raya tersebut juga akan memilih ahli Dewan Perwakilan Rakyat tempatan pelbagai peringkat.
|