Mengenai Siaran B. Melayu Mengenai CRIHubungi Kami
Klik sini ke Galeri Foto...
China Radio International
Berita China
Berita Dunia
Inovasi
Masyarakat
Horizon
Arena Ekonomi
Sukan
China-ASEAN
(GMT+08:00) 2004-04-06 16:02:37    
Malaysia Tidak Perlukan Tentera A.S. Kawal Keselamatan Selat Melaka

Agensi Berita Xinhua China
Menurut Agensi Berita Xinhua China, Menteri Luar Malaysia Datuk Syed Hamid Albar semalam menyatakan bahawa Malaysia tidak memerlukan A.S. menghantar tentera untuk menjamin keselamatan selat Melaka, A.S. tidak harus atas alasan antikeganasan campur tangan dalam hal-ehwal negara lain.

Beliau menyatakan kepada pihak media bahawa Malaysia memerlukan kerjasama masyarakat antarabangsa, tetapi tidak memerlukan negara yang bukan terletak di selat Melaka menghantar tentera ke sana.

Pada 4 April, Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pertahanan Malaysia, Najib Tun Razak berkata mengawal keselamatan di laluan yang paling sibuk di dunia itu merupakan tanggungjawab bersama Malaysia dan negara-negara disekitarnya, sebelum mendapat persetujuan Malaysia, A.S tidak boleh menghantar tentera ke sana.