Menurut Agensi Berita Xinhua China hari ini, kebanyakan masalah masyarakat yang berkaitan dengan peningkatan jumlah pesakit AIDS China telah mendapat perhatian serius tokoh-tokoh dari pelbagai peringkat masyarakat China. Pakar berkenaan berpendapat bahawa kajian undang-undang penyakit AIDS merupakan tugas yang mendesak sekarang.
Kebanyakan pakar berpendapat bahawa kerajaan China sepatutnya menggubal undang-undang khas untuk mencegah dan merawat pesakit AIDS atau meminda undang-undang dan peraturan yang sedia ada dalam beberapa tahun kebelakangan ini. Cadangan itu diberi keutamaan t oleh kerajaan China. Penjelasan terhadap undang-undang dan peraturan yang ditetapkan tersebut telah dibuat dalam cadangan penggubalan undang undang penyakit AIDS yang diluluskan oleh Dewan Negara China baru-baru ini. Penjelasan tersebut membentangkan tindakan yang bersifat perlindungan dan prinsip antidiskriminasi terhadap pesakit AIDS dan mengelakkan penularan penyakit berjangkit.
|