Menurut berita CRI, Sidang Menteri Kewangan ASEAN diadakan di Singapura hari ini, menteri kewangan dan timbalan menteri dari 10 negara anggota menghadiri sidang tersebut.
Dalam sidang tersebut, para menteri kewangan akan membincangkan cadangan yang dikemukakan pada sidang lalu, khususnya tentang perkembangan "Rancangan Integrasi ASEAN" dan perkembangan pasaran kewangan agar dapat meningkatkan kerjasama kewangan antara negara anggota ASEAN dan menyediakan syarat untuk mewujudkan kebebasan pengangkutan kargo, perkhidmatan dan pelaburan, khususnya modal pada masa depan di pelbagai negara anggota.
Naib Perdana Menteri Singapura Lee Hsien Loong dalam majlis perasmian menyatakan bahawa globalisasi ekonomi membawa cabaran yang besar kepada negara anggota ASEAN dan juga menyediakan peluang. Negara anggota ASEAN harus di samping meningkatkan proses integrasi ekonomi di pelbagai negara anggota, juga sangat penting meningkatkan kerjasama dengan negara Asia yang lain termasuk China.
|