Menurut berita CRI, Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kongres Rakyat Kebangsaan China Wu Bangguo hari ini di Beijing menyatakan bahawa kerajaan baru China mementingkan hubungan persahabatan dan kerjasama dengan negara-negara jirannya termasuk Filipina.
Semasa bertemu dengan delegasi Filipina yang diketuai oleh Pengerusi Parti Liberal dan Speaker Senat Filipina Franklin M. Drilon, Wu Bangguo berkata China mengekalkan dasar "bersahabat dengan negara jiran" dan bersedia mendorong keamanan, kestabilan dan kemakmuran serantau.
Franklin M. Drilon berkata, kerajaan Filipina bersedia mengambil tindakan yang positif, mendorong keamanan dan kestabilan serantau termasuk Laut China Selatan. Beliau juga menegaskan lagi kerajaan Filipina dan pelbagai parti negara itu akan terus mengekalkan dasar satu China.
|