Menurut berita CRI, Sidang Menteri Kewangan ASEAN ke-8 ditutup hari ini di Singapura. Dalam Kenyataan Bersama Menteri Kewangan yang dikeluarkan selepas sidang tersebut ditegaskan bahawa meningkatkan kerjasama negara rantau ini dalam bidang kewangan sangat penting untuk menstabilkan pasaran kewangan. Dijangka bahawa pertumbuhan ekonomi rantau ini tahun ini akan mencapai 5.5% sehingga 5.9%.
Dalam sidang tersebut juga dibincangkan keadaan pelaksanaan "Rancangan Integrasi ASEAN".
|