Mengenai Siaran B. Melayu Mengenai CRIHubungi Kami
Klik sini ke Galeri Foto...
China Radio International
Berita China
Berita Dunia
Inovasi
Masyarakat
Horizon
Arena Ekonomi
Sukan
China-ASEAN
(GMT+08:00) 2004-04-08 19:38:24    
China Giat Buat Persiapan Pertandingan Bola Sepak Piala Asia Tahun 2004

CRI
Pertandingan Bola Sepak Piala Asia ke-13 akan diadakan di China pada musim panas tahun ini. Ini kali pertama pertandingan bola sepak Piala Asia diadakan di China.

Musim panas tahun ini merupakan pesta bagi para peminat bola sepak di seluruh dunia kerana Sukan Olimpik, Kejohanan Bola Sepak Piala Eropah dan Piala Amerika akan diadakan pada musim panas tahun ini. Pertandingan Bola Sepak Piala Asia juga akan diadakan pada 17 Julai hingga 7 Ogos tahun ini. Sebanyak 16 pasukan akan menyertai pertandingan itu.

China buat julung kali menyelenggarakan pertandingan bola sepak Piala Asia, lantaran itu, negara ini menumpukan perhatian dalam usaha ini. Kerajaan dan pelbagai kalangan masyarakat berusaha untuk menyelenggarakan pertandingan bola sepak Piala Asia kali ini sebagai pertandingan yang terbaik dalam sejarah. Jawatankuasa Penganjur sejak ditubuhkan pada tahun lalu telah membuat banyak persiapan. Encik Zhang Jilong, Ketua Setiausaha jawatankuasa itu yang juga Timbalan Pengerusi Persatuan Bola Sepak China telah memaklumkan tentang pertandingan bola sepak Piala Asia kali ini. Beliau berkata,

"Perkara baru pertandingan bola sepak Piala Asia kali ini, ia diadakan kali pertama di China. Sebanyak 16 pasukan akan bertanding di empat tempat yang berasingan. Selain itu, tahun ini ulang tahun ke-100 Persatuan Bola Sepak Antarabangsa dan ulang tahun ke-50 Persatuan Bola Sepak Asia. Lantaran itu, aktiviti perayaan juga akan diadakan dalam tempoh penganjuran Piala Asia tersebut."

Empat kawasan pertandingan itu ialah Beijing, Jinan, Chengdu dan Chongqing.

Beijing merupakan pusat politik, kebudayaan dan komunikasi negara China. Kumpulan A terdiri daripada pasukan China, Qatar, Indonesia dan Bahrin akan diadakan di Stadium Buruh Beijing. Beijing telah memperbaiki padang rumput dan tempat duduk penonton dan menjadikannya sebagai stadium yang paling moden di negara ini.

Kumpulan B terdiri daripada pasukan Republik Korea, Kuwait, Jordan dan Emiriah Arab Bersatu akan diadakan di bandar Jinan, ibu kota provinsi Shangdong di pantai timur China.

Manakala kumpulan C terdiri daripada pasukan Arab Saudi, Iraq, Uzbekistan dan Turkmenistan akan diadakan di bandar Chengdu, ibu kota provinsi Sichuan dan kumpulan D terdiri daripada pasukan Jepun, Iran, Thailand dan Oman diadakan di bandar Chongqing.

Kedua-dua bandar di barat daya China tersebut telah membuat banyak persiapan yang rapi. Encik Zhang Jilong berkata,

"Bandar di barat China mustahil menyelenggarakan pertandingan bola sepak Piala Asia namun kepercayaan yang diberikan oleh kerajaan pusat itu mencerminkan kejayaan pembaharuan dan buka pintu China terutamanya dalam bidang sukan bola sepak. Dalam proses persiapan, kerajaan pelbagai peringkat telah memberikan sokongan."

Layanan, keselamatan dan promosi juga merupakan kerja yang penting. Keempat-empat bandar tersebut akan menyediakan perkhidmatan hotel lima bintang dan sukarelawan yang ramai bilangnya yang boleh bertutur bahasa asing. Para wartawan dalam dan luar negara boleh menikmati kemudahan komunikasi moden. Penyelenggara amat mementingkan kerja keselamatan. Jawatankuasa Penganjur sudah memohon Kementerian Keselamatan Awam China menangani urusan keselamatan semasa pertandingan bola sepak Piala Asia kali ini.

Kerja persiapan akan tamat pada bulan Mei akan datang. Wartawan veteran dari Iran, Hassan Tavana telah memberikan pandangan beliau,

"Saya berpendapat persiapan yang dilakukan oleh pihak China amat bagus. China mempunyai banyak pengalaman dalam bidang ini. Saya juga telah mendapat maklumat sedikit sebanyak tentang kerja persiapan pertandingan bola sepak Piala Asia kali ini. China menggalakkan pembangunan di kawasan barat merupakan satu dasar yang amat baik. Penyelenggaraan pertandingan bola sepak Piala Asia kali ini akan memangkin pembangunan di kawasan itu."

Seperti yang dinyatakan oleh encik Hassan, China pasti akan menganjurkan pertandingan bola sepak Piala Asia tahun ini dengan berjaya.

----Wang Jin