|
Kerajaan pimpinan baru China sudah memerintah selama setahun. Dalam tempoh satu tahun ini, kerajaan pimpinan baru China mempertahankan dasar luar yang bersahabat dan menjadi rakan kepada negara jiran, hubungan antara China dan negara jirannya sudah ditingkatkan, khususnya hubungan China dan negara Asia Tenggara sudah memasuki fasa baru. Pemimpin kedua-dua pihak sering kunjung-mengunjungi, kerjasama perdagangan diperluas. Pada Oktober tahun 2003, Menteri Luar China Li Zhaoxing dan Menteri Luar 10 negara anggota ASEAN telah menandatangani dokumen di Bali, Indonesia, China secara rasmi menganggotai "Perjanjian Persahabatan dan Kerjasama Asia Tenggara" dan merupakan negara yang pertama dari rantau bukan Asia Tenggara yang menganggotai perjanjian tersebut.
Ahli Jawatankuasa Hal-ehwal Luar Kongres Rakyat Kebangsaan China, Gao Zhiguo pernah menyertai perbahasan keanggotaan China dalam perjanjian tersebut. Beliau berpendapat, hubungan dua hala antara China dan ASEAN telah mengalami perubahan besar selepas China menganggotai "Perjanjian Persahabatan dan Kerjasama Asia Tenggara" dan ini telah meletakkan asas kerjasama yang kukuh dari segi politik dan undang-undang terhadap hubungan China dan ASEAN. Beliau berkata,
"Hubungan kerjasama China dan ASEAN sudah disahkan dari segi undang-undang, hubungan dua hala sudah ditingkatkan lagi. Perjanjian itu dapat dicapai kerana kedua-dua pihak saling mempercayai dan menfaatnya kedua-dua pihak memperoleh keuntungannya."
Encik Gao Zhiguo berpendapat, perjanjian tersebut bersesuaian dengan dasar luar China, yang tidak mencampur tangan dalam hal-ehwal negara lain, ini prinsip bersama China dan negara ASEAN. "Perjanjian Persahabatan dan Kerjasama Asia Tenggara" sudah menetapkan hak dan kewajipan pelbagai pihak dan merupakan mekanisme yang berkesan untuk menyelesaikan persengketaan antara pelbagai negara berkenaan.
Pelbagai negara anggota ASEAN telah mengalu-alukan keanggotaan China dalam "Perjanjian Persahabatan dan Kerjasama Asia Tenggara" dan memandangkan China merupakan negara besar yang bertanggungjawab.
Setiausaha Agung ASEAN, Ong Keng Yong berpendapat, keanggotaan China dalam "Perjanjian Persahabatan dan Kerjasama Asia Tenggara" merupakan isyarat China kepada ASEAN dan seluruh dunia yang komited menjamin perdamaian dan kestabilan rantau ini. Kami sebagai jiran bersahabat akan bekerja bersama-sama.
Menteri Luar Indonesia Hasan Wilayudha berkata, "Setelah China menyertai Perjanjian Persahabatan dan Kerjasama Asia Tenggara, kedua-dua pihak akan menghormati prinsip menyelesaikan percanggahan pendapat dan persengketaan melalui cara bukan kekerasan dan peperangan, hubungan ASEAN dan China akan lebih kukuh."
Duta Besar Filipina di China, Willy Gaa mengalu-alukan penyertaan China dalam Perjanjian Persahabatan dan Kerjasama Asia Tenggara. Beliau menyatakan, "Penyertaan China dalam perjanjian tersebut telah meningkatkan persahabatan dan kepercayaan satu sama lain antara ASEAN dan China dan telah menunjukkan sikap yang serius China mengekalkan perdamaian dan mendorong pembangunan rantau ini."
Provinsi Yunnan China bersempadan dengan beberapa negara anggota ASEAN termasuk Myanmar, Laos dan Vietnam dan merupakan pangkalan hadapan pasaran barangan pertukaran kebudayaan dan kerjasama antara China dan ASEAN. Gabenor Provinsi Yunnan, Xu Rongkai berpendapat, penyertaan China dalam perjanjian itu akan meningkatkan hubungan persahabatan Provinsi Yunnan dan negara anggota ASEAN. Beliau berkata, "Perjanjian Persahabatan dan Kerjasama Asia Tenggara membuktikan dasar luar China yang bersahabat dengan negara jiran, menjadikan negara jiran sebagai teman. Dengan perjanjian tersebut menetapkan hubungan persahabatan dan kerjasama antara China dan negara Asia berfaedah bagi pertukaran persahabatan antara kami dan negara Asia tenggara dan merupakan peluang yang baik kepada Provinsi Yunann."
Wilayah Autonomi Etnik Zhuang Guangxi China juga bersempadan dengan negara anggota ASEAN, semasa China memeterai perjanjian tersebut, Perdana Menteri China Wen Jiabao di Bali, Indonesia juga menganjurkan, mengadakan Ekspo China-ASEAN setiap tahun bermula pada tahun 2004. Datuk Bandar Nanning Guangxi, Lin Guoqiang menyatakan, "Hubungan antara China dan ASEAN semakin hari semakin erat, ini berfaedah kepada China dan pelbagai negara anggota ASEAN. Pertama ialah keselamatan sudah terjamin, kedua meningkatkan kerjasama ekonomi. Ekspo China-ASEAN tersebut akan menyediakan peluang kepada Guangxi China."
----Andika
|