Menurut Agensi Berita Xinhua China, kerajaan Myanmar semalam mengeluarkan kenyataan mengutuk keras peristiwa serangan terhadap Kedutaan Besar negara itu di Malaysia pagi semalam.
Dalam kenyataan tersebut dinyatakan bahawa kerajaan Myanmar percaya tiga orang penyerang yang telah ditangkap oleh pihak polis Malaysia akan dihukum di sisi undang-undang.
Pihak polis memaklumkan bahawa tiga warga Myanmar semasa mendaftar diri di Kedutaan Besar Myanmar di Malaysia pagi semalam ditolak oleh kakitangan Kedutaan Besar itu. Selepas itu, mereka kembali ke Kedutaan Besar Myanmar dan melontar bom api buatan sendiri dan menyebabkan kebakaran bangunan pejabat Kedutaan Besar dan beberapa kakitangan cedera. Bangunan Kedutaan Besar itu rosak teruk.
|