Mengenai Siaran B. Melayu Mengenai CRIHubungi Kami
Klik sini ke Galeri Foto...
China Radio International
Berita China
Berita Dunia
Inovasi
Masyarakat
Horizon
Arena Ekonomi
Sukan
China-ASEAN
(GMT+08:00) 2004-04-08 17:24:12    
Trend Pertumbuhan Ekonomi ASEAN Meningkat

Agensi Berita Xinhua China
Menurut Agensi Berita Xinhua China di Singapura semalam, Menteri-Menteri Kewangan 10 negara anggota ASEAN di Singapura semalam menyatakan bahawa trend pertumbuhan ekonomi ASEAN tahun ini lebih kukuh. Dijangka kadar peningkatan mencatat 5.5% hingga 5.9%.

Menteri–Menteri Kewangan 10 negara ASEAN dalam kenyataan bersama selepas sidang itu berakhir berkata bahawa pertambahan permintaan dalam dan luar negara akan meningkatkan ekonomi ASEAN. Namun begitu, mereka menyatakan bahawa walaupun ekonomi ASEAN tahun ini mempunyai masa depan yang cerah, akan tetapi risiko tetap akan berlaku.

Naib Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan Singapura Lee Hsien-Loong dalam sidang itu berkata bahawa ASEAN seharusnya mengintensifkan kerjasama dengan China dan India. ASEAN sedang mengadakan rundingan perdagangan bebas dengan China. Singapura, Malaysia, Thailand, Indonesia, Burnei Darussalam dan Filipina mungkin menandatangani Perjanjian Perdagangan Bebas dengan China sebelum tahun 2010.