Mengenai Siaran B. Melayu Mengenai CRIHubungi Kami
Klik sini ke Galeri Foto...
China Radio International
Berita China
Berita Dunia
Inovasi
Masyarakat
Horizon
Arena Ekonomi
Sukan
China-ASEAN
(GMT+08:00) 2004-04-08 17:54:07    
Firma Cina Optimis Masa Depan Ekonomi Malaysia

Agensi Berita Xinhua China
Menurut Agensi Berita Xinhua China, Persatuan Perdagangan dan Perindustrian Cina-Malaysia pada 6 April dalam kajian Ekonomi Malaysia Pada Separuh Akhir Tahun 2003 menyatakan bahawa kebanyakan pedagang Cina optimis terhadap perkembangan masa depan ekonomi Malaysia pada pertengahan pertama tahun ini.

Menurut Akhbar "Sing Chew Jit Poh" Malaysia, kajian selidih itu dijalankan untuk mengetahui pendapat pedagang Cina tentang masa depan ekonomi Malaysia dalam dua tiga tahun yang akan datang.

Laporan itu bertujuan mengumpul pendapat kebanyakan pedagang Cina terhadap perkembangan ekonomi Malaysia pada separuh akhir tahun lalu, jumlah keseluruhan kaji selidik menempati 26.2% antara 766 borang kaji selidik yang dikirimkan. Sejumlah besar kaji selidik itu dihantar semula oleh pedagang penjualan runcit, pembuatan, pembangunan dan perkhidmatan perdagangan. Perusahaan industri yang berukuran kecil dan sederhana menempati lebih 79%.