Mengenai Siaran B. Melayu Mengenai CRIHubungi Kami
Klik sini ke Galeri Foto...
China Radio International
Berita China
Berita Dunia
Inovasi
Masyarakat
Horizon
Arena Ekonomi
Sukan
China-ASEAN
(GMT+08:00) 2004-04-09 13:18:38    
Penghasilan Buah-Buahan Di Kaunti Pingquan Meningkat Banyak

cri
Kaunti Pingquan terletak di bahagian utara provinsi Hebei China. Ladang buah-buahan merupakan salah satu daripada 4 perusahaan yang besar di kaunti Pingquan. Jumlah penghasilan tahunan buah-buahan segar dan buah-buahan kering mencatat 70 ribu tan, nilai keluaran tahunan mencatat 135 juta yuan Renminbi. Akan tetapi, mereka tidak berpuas hati dengan kejayaan itu dan berusaha untuk meningkatkan mutu buah-buahan agar menghasilkan buah-buahan tanpa pencemaran. Gunung tandus kini menjadi kebun buah-buahan yang subur dan buah-buahan kelihatan berjuntai-juntai. Pengarah Biro Perhutanan Kaunti Pingquan Encik Liu Baozhong berkata bahawa kaunti Pingquan yang terletak di kawasan pergunungan itu mempunyai keunggulan yang luar biasa dalam bidang pertanian khususnya penanaman pohon buah-buahan. Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, kerajaan kaunti Pingquan sentiasa mengekalkan usaha penanaman pohon buah-buahan dan menjadikannya kemiskinan dan menikmati kehidupan kaya. Keluasan penanaman pohon di seluruh kaunti pada akhir tahun 2003 mencatat 172 ribu 667 hektar dan keluasan pohon mencatat 52.2% daripada keluasan tanah pertainan di kaunti itu, antaranya keluasan pohon buah-buahan mencatat kira-kira 15 ribu hektar. Jumlah penghasilan buah-buahan setahun mencatat 80 juta kilogram.

Ekoran perkembangan pasaran buah-buahan, mutu buah-buahan secara beransur-ansur diutamakan. Kampung Shuangfeng di kaunti Pingquan merupakan salah satu pengkalan penghasilan epal tanpa pencemaran. Kampung itu berpenduduk 1150 orang yang terdiri daripada 290 keluarga. Keluasan penanaman pohon buah-buahan berjumlah 73 hektar dan keluaran buah-buahan pada tahun 2003 mencatat 500 ribu kilogram. Terdapat 200 keluarga daripada 290 keluarga di kampung itu menanam epal, jumlah pendapatan pekebun buah-buahan menempati 70% hingga 80% hasil keseluruhan kampung itu. Ketua Persatuan Pekebun buah-buahan Shuangfeng encik Song berkata bahawa demi meningkatkan kualiti kecekapan pekebun buah-buahan dan taraf kemahiran sains dan teknologi menanaman pohon epal, Persatuan Sains dan Teknologi Pekebun buah-buahan ditubuhkan. Kami mengadakan latihan penanaman pohon dalam waktu yang ditetapkan untuk meningkatkan taraf penanaman pelbagai pohon buah-buahan berdasarkan panduan Biro Perhutanan Kaunti Pingquan. Pekebun buah-buahan mendapat keuntungan sebenar dalam penjualan buah-buahan tanpa pencemaran. Encik Fu Wenping berkata bahawa jumlah penghasilan epal kampung Shuangfeng pada tahun 2002 mencatat 100 ribu kilogram, harga penjualan epal meningkat kepada 2 yuan Renminbi purata setiap kilogram disebebkan menggunakan teknik yang moden dan penggunaan ubat-ubatan pertainan tanpa pencemaran. Jumlah pendapatan pekebun buah-buahan meningkat kepada 200 ribu yuan Renminbi. Kampung Beiyu terletak di bahagian timur Kaunti Pingquan. Biro Perhutanan Kaunti Pingquan pada tahun 1999 mempopularkan teknik penanaman pohon buah-buahan berdasarkan keadaan di kampung itu. Mereka mengajar pekebun menanam pohon anggur jenis baru supaya jumlah keluaran hasil anggur di kawasan itu mencatat 400 ribu kilogram pada tahun 2003, jumlah pendapatan perkapita seorang pekebun berjumlah lebih 800 yuan Renminbi. Menyentuh tentang sokongan juruteknik pertainan di kaunti itu membantu mereka menyelesaikan masalah teknik pertainan. Seorang pekebun buah-buahan tempatan berkata bahawa Biro Perhutanan kaunti sering kali menghantar juruteknik ke kampung mereka mengajar teknik penanaman pohon buah-buahan dalam masa 3 hingga 5 hari. Kebun pear pekan Qigou dibangunkan pada tahun 1984. Pembiakan benih semain pohon buah-buahan dilakukan pada tahun 2000 berdasarkan iklim tempatan. Pengarah Biro Perhutanan Kaunti Pingquan Encik Liu Baozhong berkata bahawa kami menanam pohon buah-buahan jenis baru berdasarkan keperluan pasaran. Ini telah memperpanjang waktu penjualan buah-buahan agar pekebun buah-buahan mendapat keuntungnan yang lebih banyak.

Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, mereka menggunakan teknik penanaman benih semain pohon buah-buahan baru dan menjadikan kebun buah-buahan mencerahkan harapan kaun tani menikmati kehidupan yang kaya. Selain itu, dua projek penanaman semula pohon di tanah yang diteroka telah mencegah dan mengatasi masalah padang pasir yang semakin luas.