|
Menurut berita CRI, pihak Polis Filipina hari ini memaklumkan bahawa lebih 50 orang tahanan termasuk sejumlah anggota pertubuhan Abu Sayyaf bersenjata anti kerajaan telah melarikan diri dari penjara yang terletak di provinsi Basilan di bahagian selatan Filipina hari itu.
Pihak polis berkata bahawa tahanan tersebut tiba-tiba melancarkan serangan terhadap polis yang sedang membagi-bagikan barang makanan kepada tahanan. Penjenayah segera melarikan diri selepas merampas senjata polis dan mencederakan 3 orang polis. Selepas kejadian peristiwa itu, polis tempatan segera melancarkan penggeledahan, 8 orang antaranya telah ditangkap dan 8 orang lain ditembak mati.
|