Menurut Akhbar Pemuda Beijing, Naib Pengarah Bahagian Pengajian Pembangunan Pusat Maklumat Negara China, Xu Hongyuan dalam forum ekonomi yang diadakan di Beijing hari ini menyatakan kadar 9% pertumbuhan ekonomi China 2004 boleh dicapai.
Menurut beliau, kadar pertumbuhan ekonomi China pada suku tahun pertama tahun ini dijangka mencapai 9.5%. Kadar itu dijangka akan mencapai lebih 8 % pada 6 bulan kedua tahun ini dengan tindakan kawalan makro.
|