Mengenai Siaran B. Melayu Mengenai CRIHubungi Kami
Klik sini ke Galeri Foto...
China Radio International
Berita China
Berita Dunia
Inovasi
Masyarakat
Horizon
Arena Ekonomi
Sukan
China-ASEAN
(GMT+08:00) 2004-04-12 12:58:52    
Kapal Peronda Laut yang Terbesar di Dunia akan Dibina oleh China

CRI

Baru-baru ini, Jabatan Pentadbiran Hal Ehwal Laut China telah secara rasmi menandatangani kontrak untuk membuat satu kapal peronda laut yang terbesar di dunia dan kos keseluruhan pembinaan kapal tersebut berjumlah lebih 200 juta yuan RMB. Setelah dihasilkan nanti, ia akan digunakan untuk menjalankan pelbagai tugas hal ehwal laut termasuk: meronda di Luat China Selatan, mengadakan penyeliaan dan pengurusan keselamatan, menangani kemalangan di laut dan menjalankan bantuan kecemasan."

Perairan Laut China Selatan disebut sebagai "Pintu Selatan China" dan kawasan itu seluas 3/4 perairan laut di China. Lokasinya penting bagi pelayaran kapal pelbagai negara Eropah, Afrika dan Asia. Laut China Selatan bukan sahaja mempunyai hasil laut yang kaya tetapi juga mempunyai kedudukan strategik dan nilai ekonomi yang sangat penting. Untuk memenuhi keperluan pengurusan sistem hal ehwal laut, meningkatkan keupayaan perondaan di laut, mengurangkan berlakunya kemalangankapal dan melindungi alam sekitar, kerajaan China memutuskan membina kapal tersebut.

Dimaklumkan bahawa panjang kapal itu ialah 110 meter, lebarnya 14 meter, beratnya ialah 3 ribu tan, selain terdapat tempat pendaratan helicopter dan bilik komando, kapal itu mempunyai beberapa kemudahan yang moden seperti: dibina hangar helikopter dan helikopternya boleh dengan selamat mendarat serta terbang dengan kelajuan angin tidak melebihi 5 darjat dan kelajuan kapal tidak melebihi 6 knot. Kelajuan meksimum kapal peronda itu ialah 18 knot, boleh menahan tiupan angin 11 darjat, jika minyaknya cukup, boleh berlajar sejauh 6 ribu batu selama 40 hari.

Dimaklumkan bahawa kapal tersebut akan dapat menangani kes hal ehwal laut dan dilengkapkan pelbagai kemudahan moden seperti sistem komunikasi satelit stesen B dan C, radar gelombong X dan gelombong S serta sistem menentukan kedudukan menerusi satelit bumi iaitu: (GPS). Bergantung kepada sistem Internet komunikasi maklumat yang maju, kapal peronda itu boleh mengadakan perhubungan stereo melalui helikopter, kapal peronda dan peralatan di darat.

Ketua Pengarah Biro Hal Ehwal Laut Provinsi Guangdong China Encik Wang Xiangtao memaklumkan bahawa kapal peronda tersebut menggunakan pelbagai peralatan sains dan teknologi tinggi, sebelum ia dibina, kerajaan China membuka sebut harganya di peringkat antarabangsa dan akhirnya kontrak itu diberikan kepada Syarikat Antarabangsa Perkapalan Guangdong Bhd. Kelengkapan mesin dan elektronik utama dalam kapal peronda itu semuanya diimport dari luar negara. Selepas disiapkan nanti, kapal peronda itu terutamanya digunakan untuk menjalankan rondaan di laut, menjalankan penyeliaan dan pengurusan keselamatan, menangani kemalangan kapal di laut, menjalankan penyelamatan di laut dan membantu kapal yang mengalami kemalangan.

Dimaklumkan oleh pegawai Syarikat Antarabangsa Perkapalan Guangdong Bhd. kos pembinaan kapal peronda itu mencapai lebih kurang 150 juta yuan RMB dan jika termasuk kelengkapan komunikasi dan kemudahan helikopter, kos keseluruhannya akan mencatat lebih 200 juta yuan RMB. Berdasarkan kontrak yang telah ditandatangani , ia akan disiapkan selama setengah tahun.

----Azmi