Mukim Taitoushan terletak di Kaunti Pingquan, Provinsi Hebei, China. Di kaunti itu terdapat 18 kampung yang penduduk lebih 20 ribu orang. Kerana keadaan alam sekitarnya kurang baik dan lalu lintasnya kurang lancar, Mukim Taitoushan merupakan tempat yang agak mundur perkembangan ekonominya. Keadaan jalan yang buruk amat menghalang perkembangan ekonominya. Puan Long Guiqin, Pengerusi Kongres Rakyat Mukim Taitoushan memaklumkan kepada wartawan CRI, "Pada masa dahulu iaitu sebelum jalan baru di kaunti itu dibina, kenderaan di jalan raya sesak sekali sewaktu musim panas. Jangankan kenderaan, basikal pun susah bergerak. Mengangkut sayur ke luar Bandar itu agak susah, dan banyak sayur serta buah-buahan yang bermutu baik tidak dapat diangkut ke bandar lain".
Desakan masyarakat agar dibina jalan baru di mukim itu telah mendapat perhatian kerajaan Kaunti Pingquan dan telah mengarahkan Biro Komunikasi menetapkan rancangan untuk melaksanakan projek itu. Pada April tahun 2002, Projek Pembinaan Jalan Raya dari Sanshijiazi ke Taitoushan yang panjangnya 11.62 kilometer mulai dilaksanakan, dan selepas 76 hari, jalan tersebut selesai dibina. Ketika memperkatakan masalah yang telah berjaya diselesaikan setelah jalan baru itu dibina, seorang pedagang swasta tempatan berkata kepada wartawan CRI, "Kini kami mudah sekali pergi atau mengangkut barangan ke Bandar lain. Selain itu, banyak masa dapat dijimatkan oleh pesakit yang pergi ke hospital. Pada masa dahulu, kami mengambil masa lebih 2 jam, sekarang tidak sampai 1 jam sahaja, kami boleh tiba di hospital. Dengan itu, kami menamakannya jalan bahagia."
Setelah jalan baru itu dibina, banyak masalah dapat diselesaikan, antaranya memudahkan perjalanan dan menyelesaikan masalah lalu lintas dan pengangkutan. Perkembangan sosioekonomi di Mukim Taitoushan juga telah mencapai kemajuan yang besar. Taraf hidup rakyat tempatan telah meningkat. Jumlah keseluruhan pondok tanaman sayur ditingkatk dari 598 buah ke 870 buah, pendapatan bersih perkapital ditingkatkan 200 yuan RMB, dan nilai pengeluaran pertanian meningkat lebih 7 juta yuan RMB pada tahun 2002. Seorang penanam sayur tempatan berkata kepada wartawan CRI, "Pada masa dahulu, satu pondok tanaman sayuran boleh menghasilkan pendapatan 7 hingga 8 ribu yuan RMB, setelah jalan baru itu dibina, pedagang dari luar bandar itu boleh langsung datang ke sana membeli hasil pertanian. Kini, satu pondok tanaman sayuran boleh menghasilkan pendapatan lebih 14 hingga 15 ribu yuan RMB purata setiap tahun. Ia benar-benar mendatangkan kebahagiaan kepada rakyat biasa di Mukim Taitoushan, kerajaan memang membina satu jalan emas untuk kami dan kami menamakannya 'Jalan Bahagia'."
Dari tahun 2001 hingga sekarang, kerajaan Kaunti Pingquan telah memperuntukkan 5.2 juta yuan RMB untuk pembinaan jalan di pekan itu. Antara 20 mukim di seluruh kaunti tersebut, 19 daripadanya telah dibina jalan raya yang saling bersambung. Encik Cui Gongjing, Ketua Mukim Guozhangzi yang termasuk salah satu daripada 19 pekan tersebut, berkata kepada wartawan CRI, "Pada masa dahulu, Mukim Guozhangzi hanya mempunyai satu jalan yang buruk sekali yang boleh menghubungkan pekan itu dengan pekan lain. Orang di sini sukar pergi ke bandar lain, dan orang luar juga tidak mahu datang ke sini. Pembinaan jalan baru ini sudah diidam-idamkan oleh beberapa generasi penduduk kampung kami. Pada tahun 2003 sahaja, sudah ada 2 pedagang luar datang ke mukim kami untuk meneroka sumber lombong emas dan sudah melabur lebih 10 juta yuan RMB pada masa ini."
Ketua Cui Gongjing memaklumkan bahawa di Mukim Guozhangzi, terdapat seramai lebih 3 ribu petani mengusahakan pertanian dan penternakan binatang. Pada tahun 2003, pendapatan perkapita penduduk di pekan itu telah meningkat lebih 400 yuan RMB. Boleh dikatakan bahawa jalan baru itu amat meningkatkan taraf hidup rakyat tempatan di sana.
Ketika memperkatakan pembinaan jalan itu, Pengarah Biro Komunikasi Kaunti Pingquan Encik Zhou Wansheng memaklumkan kepada wratawan CRI, "Mulai tahun 2001, kami telah melaksanakan Projek Pembinaan Jalan Raya, dan sekarang sudah menyelesaikan pembinaan jalan raya di 19 mukim. Kami berusaha menyelesaikan pembinaan jalan raya di semua 20 pekan di seluruh kaunti sebelum tahun 2005, dan sebelum tahun 2007, kami berharap akan menyelesaikan pembinaan jalan raya di semua 334 kampung di seluruh kaunti."
----AZMI
|