Gabenor Bank Import-eksport China Encik Yang Zilin memberi taklimat dalam sidang kerja banknya menyatakan, Bank Import-eksport China akan mengambil tindakan untuk mencapai matlamat yang ditetapkan dalam rancangan 5 tahun ke-10 dalam tempoh 3 tahun yang akan datang, iaitu Bank Import-eksport China akan dibangunkan menjadi badan kewangan moden yang taraf urus niaga dan pengurusannya efisien.
Menurut makluman Encik Yang Zilin, butiran matlamat tersebut termasuk meningkatkan kualiti para pekerja supaya mereka berkecekapan, memberi perkhidmatan yang baik; meningkatkan taraf pengurusan urus niaga agar cara pengurusan lebih sistematik, urus niaga lebih cekap; meningkatkan nilai aset kredit, menjalankan pengurusan kredit secara sistematik, standard dan ketat untuk mewujudkan matlamat yang jenis urus niaganya lengkap dan struktur pinjaman wang lebih rasional.
Encik Yang Zilin dalam sidang itu juga menyatakan, 8 tindakan akan diambil oleh Bank Import-eksport China untuk menjamin matlamat tersebut diwujudkan pada tahun ini.
8 tindakan tersebut termasuk: cara kerja diperbaiki, kerja penyelidikan dan kajian harus dipentingkan. Menurut Encik Yang Zilin, banyak perkara yang menghalang kemajuan pembangunan tetap wujud dalam proses perkembangan urus niaga Bank Import-eksport China, misalnya sistem dan model pengurusan urus niaga, dasar pinjaman wang dan kadar faedah, pinjaman wang keutamaan dengan luar negara, struktur pekerja dan sistem pembahagian pekerja. Sehubungan dengan itu, cara kerja yang menumpukan perhatian terhadap penyelidikan dan kajian harus digalakkan, fungsi badan kajian pasaran harus dilaksanakan dengan sepenuhnya.
Pasaran akan diperluaskan dan keupayaan urus niaga ditingkatkan. Kajian dan analisis terhadap pasaran harus dilaksanakan dengan bersungguh-sungguh untuk memperluas ruangan perkembangan urus niaga kredit eksport; skop pinjaman wang terutamanya yang berkaitan dengan urusan luar negara harus diperluas bagi meningkatkan kerjasama dan pertukaran dengan negara-negara membangun dalam bidang ekonomi; fungsi pengurusan bank dilaksanakan dengan sepenuhnya untuk meningkatkan kesan penggunaan modal pinjaman wang.
Pembaharuan terhadap sistem personel pegawai akan diteruskan, struktur pekerja diperbaiki dan kualiti pekerja ditingkatkan. Penyusunan semula struktur Bank Import-eksport China diselesaikan dalam tempoh separuh tahun pertama; pembangunan kumpulan pimpinan terus dilaksanakan; pembaharuan terhadap sistem personel pegawai dilaksanakan dengan bersungguh-sungguh; selain itu, sistem peletakan jawatan akan dibentuk; pendidikan dan latihan terus disediakan kepada pegawai dan pekerja; struktur pendapatan pekerja disusun semula untuk menyempurnakan mekanisme ganjaran dan hukuman.
Di samping itu, meningkatkan pengurusan kredit untuk meningkatkan kualiti aset kredit; meningkatkan taraf pengurusan urusan kewangan dan perakaunan, meningkatkan perancangan, modal dan kerja statistik; meningkatkan pembangunan maklumat, mendorong perkembangan urus niaga secara sihat dan peningkatan taraf pengurusan; memainkan peranan badan cawangan dan pejabat Bank Import-eksport China berkaitan dan meningkatkan usaha antirasuah.
----Ching
|