Mengenai Siaran B. Melayu Mengenai CRIHubungi Kami
Klik sini ke Galeri Foto...
China Radio International
Berita China
Berita Dunia
Inovasi
Masyarakat
Horizon
Arena Ekonomi
Sukan
China-ASEAN
(GMT+08:00) 2004-04-12 13:54:59    
Pembaharuan akan Dilaksanakan terhadap Sistem Kebudayaan di China pada tahun ini

CRI
Menteri Kebudayaan China Encik Sun Jiazheng dalam majlis taklimat yang diadakan oleh Jabatan Penerangan Dewan Negara China baru-baru ini menyatakan, China akan berusaha untuk mendorong maju usaha dan industri kebudayaan dan pembaharuan terhadap sistem kebudayaan akan dilaksanakan pada tahun ini.

Pada tahun-tahun kebelakangan ini, usaha kebudayaan China berkembang pesat, khususnya kerajaan China meningkatkan pelaburan terhadap pembinaan infrastruktur kebudayaan. Menurut taklimat Encik Sun Jiazheng, jumlah pelaburan dalam usaha kebudayaan China pada tahun 2003 membaharui rekod tinggi dalam sejarah, mencatat 540 juta Yuan RMB. Beliau menyatakan,

"Pembinaan infrastruktur kebudayaan China menuju ke satu era yang terbaik dalam sejarah. Projek kebudayaan utama yang dibina dan diperluaskan dengan sokongan Kerajaan Pusat termasuk Teater Negara, Muzium Negara, Perpustakaan Negara dan Galeri Negara. Kami juga mengutamakan kawasan bandar, mukim dan pekan di desa untuk meningkatkan pembinaan kebudayaan penduduk awam."

Beliau menambah, pada tahun-tahun kebelakangan ini, kerajaan pelbagai peringkat China juga meningkatkan bantuan terhadap pembinaan kebudayaan di desa khususnya kawasan bahagian barat dan kawasan yang mundur. Sejumlah projek kebudayaan penting telah dilaksanakan, misalnya memperuntukkan 480 juta Yuan RMB untuk membina perpustakaan dan pusat kebudayaan di kawasan mundur di bahagian barat China; membina projek perkongsian sumber maklumat kebudayaan seluruh negara; melaksanakan aktiviti seperti menyediakan buku dan filem kepada penduduk di desa. Kesemuanya ini telah memuaskan permintaan rohaniah dan kebudayaan penduduk awam yang semakin meningkat.

Menurut Menteri Kebudayaan Encik Sun Jiazheng, kerajaan China amat menumpukan perhatian terhadap industri kebudayaan, badan perusahaan kebudayaan khas Kementerian Kebudayaan China telah dibentuk pada tahun 1998, "Rancangan lima tahun kesepuluh pembangunan industri kebudayaan" telah diumumkan untuk meningkatkan pembangunan dan pengurusan pasaran kebudayaan dan mengembangkan dengan positif industri kebudayaan. Pada masa ini, sistem pasaran kebudayaan yang jenisnya lebih lengkap telah dibentuk di China. Pada masa depan, China akan terus menggalakkan dan menyokong modal dalam negara, khususnya modal swasta serta modal asing masuk ke dalam kalangan kebudayaan, mengatur semula sumber kebudayaan, memecahkan sekatan badan, kalangan dan sistem milik untuk mendorong beberapa barang keluaran kebudayaan bercirikan bangsa China masuk ke pasaran antarabangsa.

Selain itu, China akan melaksanakan pembaharuan terhadap sistem kebudayaan untuk mendorong maju industri kebudayaan China. Encik Sun Jiazheng menyatakan,

"Pertama, kami akan mengembangkan perusahaan kebudayaan awam khususnya perusahaan kebudayaan yang bersifat kepentingan awam. Dan kedua kami akan mengembangkan industri kebudayaan."

Dalam majlis taklimat itu, Encik Sun Jiazheng juga memperkenalkan tentang pertukaran kebudayaan antara China dengan luar negara. Beliau menyatakan,

"Pada masa ini, China telah menandatangani perjanjian kerjasama kebudayaan antara kerajaan dengan 145 negara. Cara pertukarannya banyak, saluran pertukaran lebih meluas, antaranya, perkembangan pertukaran di kalangan rakyat amat pesat."

----Ching