Menurut berita CRI, Perdana Menteri Malaysia, Abdullah Ahmad Badawi telah berunding dengan Perdana Menteri Thailand, Thaksin Sinawatra di Malaysia hari ini. Kedua-dua pihak menyatakan akan bersama-sama memerangi keganasan untuk melindungi keselamatan kawasan sempadan.
Abdullah Ahmad Badawi berkata bahawa Malaysia akan membantu Thailand memerangi kumpulan pengganas yang mengancam keselamatan kawasan sempadan. Kedua-dua pihak juga telah bertukar-tukar pandangan tentang masalah kemiskinan di kawasan sempadan dan masalah dwikerakyatan penduduk di kawasan tersebut. Beliau mencadangkan Thailand dan Malaysia menetapkan rancangan pembangunan terhadap kawasan sempadan untuk memangkin kestabilan di kawasan tersebut.
|