|
Menurut Agensi Berita Xinhua China, Forum Rantau ASEAN untuk menjalankan kepercayaan telah diadakan di Rangon, Myanmar hari ini. Forum itu dipengerusikan oleh China dan Myanmar. Pegawai-pegawai dari ASEAN, China, Jepun, Republik Korea, Amerika Syarikat, Rusia, India, Kanada, Australia dan Kesatuan Eropah menghadiri forum selama dua hari itu.
Para peserta forum akan bertukar-tukar pendapat tentang situasi politik dan keselamatan rantau, kerjasama keselamatan yang bukan tradisional dan masa depan Forum Rantau ASEAN. Keputusan forum itu akan diserahkan kepada Sidang Menteri-Menteri Luar Forum Rantau ASEAN yang akan diadakan di Jakarta pada Julai tahun ini untuk dibahaskan.
Forum Rantau ASEAN ditubuhkan pada tahun 1994 dan merupakan suatu saluran dialog dan kerjasama politik dan keselamatan pelbagai hala yang terbesar dan mempunyai pengaruh yang paling meluas di rantau ini. China sentiasa menyertai forum tersebut dalam beberapa tahun kebelakangan ini.
|