Mengenai Siaran B. Melayu Mengenai CRIHubungi Kami
Klik sini ke Galeri Foto...
China Radio International
Berita China
Berita Dunia
Inovasi
Masyarakat
Horizon
Arena Ekonomi
Sukan
China-ASEAN
(GMT+08:00) 2004-04-15 10:52:10    
Malaysia Cadang Adakan Mesyuarat Tergempar Menteri Luar OIC

CRI
Menurut berita CRI, Malaysia selaku negara pengerusi bergilir Pertubuhan Persidangan Islam (OIC) semalam bercadang mengadakan mesyuarat tergempar menteri luar pada 4 Mei nanti untuk membincangkan situasi baru di Iraq dan Palestin.

Demikian dinyatakan oleh Menteri Luar Malaysia, Syed Hamid Albar kepada pemberita selepas menemui utusan khas Menteri Luar India Yashwant Sinha di Kuala Lumpur semalam. Menurut beliau, Kementerian Luar Malaysia sedang berbincang dengan Setiausaha Agung Pertubuhan Persidangan Islam, Abdelouahed Belkeziz tentang perkara itu, mesyuarat tergempar itu akan diadakan di Malaysia.