Mengenai Siaran B. Melayu Mengenai CRIHubungi Kami
Klik sini ke Galeri Foto...
China Radio International
Berita China
Berita Dunia
Inovasi
Masyarakat
Horizon
Arena Ekonomi
Sukan
China-ASEAN
(GMT+08:00) 2004-04-15 10:22:45    
Berita tentang Kerjasama China-ASEAN

CRI
Ekspo Antarabangsa Bahagian Barat China ke-5 yang bertema "Bahagian Barat dan ASEAN Meningkatkan Kerjasama dan Mencapai Keuntungan Bersama-sama" akan diadakan tidak lama lagi. Ekspo tersebut dianjurkan bersama oleh Jabatan Hal-Ehwal Perantau Dewan Negara China dan kerajaan Provinsi Sichuan. Ketua Setiausaha kerajaan Provinsi Sichuan, Li Hongren berkata, ekspo kali ini akan mengutamakan kerjasama antara bahagian barat China dan negara Asia tenggara, dengan peluang kerjasama perdagangan antara China, ASEAN dan 7 negara Asia selatan, diharap akan meningkatkan hubungan perdagangan antara Provinsi Sichuan dan rantau Asia tenggara.

Sekarang, sudah terdapat lebih 1500 usahawan dari lebih 40 negara dan kawasan mendaftar untuk menyertai ekspo tersebut, meliputi seluruh ASEAN dan 7 negara Asia selatan. Duta Besar dan konsul negara-negara tersebut di China akan menghadiri ekspo itu.

Dalam tempoh ekspo itu, hari Thailand, dan hari Malaysia akan diadakan, ini juga merupakan kali pertama ekspo itu mengadakan aktiviti khas tentang sesebuah negara sejak ia dilaksanakan.

Ekspo Antarabangsa Bahagian Barat China ke-5 akan diadakan dari 25 hingga 28 Mei yang akan datang di Pusat Konvensyen dan Pameran Antarabangsa Chengdu, sekarang jadual ekspo tersebut sudah ditetapkan.

Menurut berita dari Kementerian Perdagangan China, sejak perjanjian bebas tarif sayur-sayuran dan buah-buahan antara China dan Thailand dikuatkuasakan sejak 1 Oktober tahun lepas, perdagangan hasil pertanian antara kedua-dua pihak meningkat besar-besaran. Sejak 1 Oktober tahun lepas hingga penghujung bulan lepas, jumlah eksport dari Thailand ke China mencapai 1 juta 275.9 ribu tan.

Dengan adanya perjanjian tersebut, China mengeksport buah-buahan dan sayur-sayuran ke Thailand sejumlah 147.9 ribu tan, jumlah nilainya mencapai 2 bilion 914 juta Batt, lebih-kurang 73 juta Dolar Amerika, masing-masing meningkat 238% dan 111% daripada tempoh yang sama tahun sebelum itu. Sayur-sayuran menduduki 45% dalam jumlah eksport China ke Thailand.

Sejak Oktober hingga Mac lalu, kurangan perdagangan Thailand ke China mencapai 1 bilion 565 juta Batt, lebih kurang 39 juta Dolar Amerika, menurun dengan banyak berbanding tahun sebelum itu.

Naib Perdana Menteri China Wu Yi semasa melawat Laos pada 18 Mac lalu menegaskan, hubungan antara China dan Laos sedang berada dalam tempoh yang paling baik dalam sejarah.

Jumlah perdagangan antara kedua-dua pihak buat kali pertama melebihi 100 juta Dolar Amerika, kadar peningkatannya menduduki tempat terdepan dalam negara anggota ASEAN, khususnya jumlah eksport mesin elektrik menempati lebih kurang 80%.

Menurut statistik pihak Laos, jumlah pelaburan China di Laos mencapai 160 juta Dolar Amerika, menduduki tempat ke-7 yang melabur di Laos.

Sejak bekas Presiden China Jiang Zemin melawat Laos pada November tahun 2000 sehingga lawatan Puan Wu Yi ke Laos, China sudah menyediakan bantuan sejumlah lebih sebilion Yuan RMB kepada Laos, jumlah itu sama dengan jumlah bantuan China kepada Laos dalam 12 tahun yang lalu. Dalam 4 tahun kebelakangan ini, pinjaman daripada China kepada Laos meningkat besar-besaran, jumlahnya sudah mencapai hampir 300 juta Dolar Amerika.

Menurut media massa Vietnam, sejak awal tahun ini hingga 20 Mac lepas, Vietnam mengeksport beras ke China sebanyak 500 tan purata hari melalui laluan Mong Cai, jumlahnya sudah mencapai 18 ribu tan, laluan Mong Cai sudah memudahkan proses untuk menyediakan kemudahan kepada pengeksport Vietnam.

Menurut Kementerian Perdagangan China, Indonesia akan menyertai 4 ekspo di China pada tahun ini, iaitu "Ekspo Komoditi Import Antarabangsa China"(CITEX) yang diadakan di Guangzhou pada 18 hingga 22 Mei yang akan datang, "Ekspo China-ASEAN" yang akan diadakan di Nanning pada November tahun ini serta "Ekspo Produk Indonesia" yang diadakan di Beijing dan Shanghai pada Ogos dan Oktober akan datang.

Jabatan Galakan Eksport Indonesia akan mengadakan promosi di beberapa bandar yang utama di Indonesia. Luas lantai Indonesia di CITEX mencatat 1200 meter persegi, produknya termasuk kayu-kayan, getah, kertas, makanan penjagaan kesihatan, makanan dan sarang burung serta lain-lain.

----Andika