Mengenai Siaran B. Melayu Mengenai CRIHubungi Kami
Klik sini ke Galeri Foto...
China Radio International
Berita China
Berita Dunia
Inovasi
Masyarakat
Horizon
Arena Ekonomi
Sukan
China-ASEAN
(GMT+08:00) 2004-04-15 20:40:36    
China Sedang giat Popularkan Besbol

CRI
Besbol baru dikenali di China, pertandingan liga besbol profesional mula dilaksanakan sejak 2 tahun sahaja. Dalam pertandingan liga besbol profesional China 2004 yang akan dimulakan, China akan mempelajari pengalaman dari luar negara, berusaha mempopularkan dan meningkatkan taraf besbol China.

Menurut kebiasaan, lagu kebangsaan akan dimainkan sebelum perlawanan dimulakan, tetapi mempelawa kumpula koir nyanyian murid-murid menyanyikan lagu kebangsaan adalah perkara baru. Pertandingan liga besbol profesional China 2004 yang telah dimulakan pada 2 April lalu telah mengundang kumpulan koir murid-murid sekolah untuk menyanyikan lagu kebangsaan. Kumpulan koir murid-murid sekolah itu akan menyanyikan lagu kebangsaan sebelum setiap perlawanan dimulakan. Dimaklumkan, pertandingan liga besbol profesional itu akan diadakan selama 3 bulan. Sebanyak 72 kumpulan koir murid-murid dari 72 buah sekolah akan mengambil bahagian pada tahun ini. Kumpulan koir yang terbaik akan menyanyikan lagu kebangsaan dalam pertandingan akhir liga besbol tersebut dan menyertai jamuan tengah hari pada majlis penyampaian hadiah sebagai tetamu. Cara tersebut adalah kali pertama diadakan dalam sejarah pertandingan sukan di China.

Mempelawa murid-murid menyanyikan lagu kebangsaan adalah tradisi pertandingan liga besbol profesional A.S, ini bukan sahaja boleh memupuk semangat patriotik murid-murid, tetapi juga boleh mempopularkan sukan besbol di kalangan kanak-kanak. Sebenarnya, menimba pengalaman dari luar negara, mengambil cara pertandingan besbol China di arena antarabangsa ini merupakan ciri-ciri pertandingan liga besbol di China.

Untuk mempopularkan sukan besbol di China, China telah mempelawa penyanyi popular dari Republik Korea Ahn Jae Wook yang diminati ramai di kalangan remaja China sebagai model imej pertandingan liga tersebut, menubuhkan kem latihan besbol remaja dan mempelawa murid-murid menyanyikan lagu kebangsaan sebelum perlawanan dimulakan.

Selain itu, promosi pertandingan liga besbol menjadi tanggungjawab syarikat DSM, iaitu syarikat pengelolaan sukan profesional antarabangsa. Canon, Northwest Airlines dan Mizuno serta syarikat antarabangsa terkenal yang lain menjadi penaja bersama pertandingan itu.

Ketua bahagian pelaksanaan rancangan China, Encik Tom McCarthy menyatakan, cara antarabangsa mempopularkan pertandingan liga besbol itu bertujuan untuk menarik lebih ramai remaja berminat akan sukan besbol, memperluas pengaruh besbol di kalangan rakyat. Beliau berkata,

"Ini merupakan proses beransur-ansur, sekolah memainkan peranan yang penting. Yang menggembirakan kami ialah sekolah rendah dan sekolah menengah China semakin hari semakin mementingkan sukan, contohnya bola sepak dan bola keranjang sudah agak popular di kalangan remaja China. Saya percaya, dengan usaha kami, peminat besbol di sekolah akan semakin hari semakin ramai. Sasaran kami adalah sehingga tahun 2007, terdapat 260 ribu penduduk sering bermain besbol."

Untuk mencapai sasaran itu, pertandingan liga besbol China pada tahun ini telah mengemukakan satu projek pembangunan remaja. Pada setiap penghujung minggu, terdapat hampir 3 ribu murid akan bermain besbol dengan panduan jurulatih dan pemain besbol profesional. Persatuan Besbol China dan Persekutuan Besbol Profesional A.S akan memberikan kerjasama, mempopularkan rancangan "100 sekolah, 100 pasukan menghadapi 2008", menyediakan latihan besbol, memupuk tenaga pemain simpanan profesional untuk Sukan Olimpik Beijing 2008.

Encik Tom McCarthy menegaskan, faktor yang menjejaskan perkembangan sukan besbol China ialah kurang popular di kalangan rakyat, oleh sebab itu, penganjur pertandingan liga besbol China akan memperuntukkan 16 juta Yuan RMB untuk mempopularkan besbol. Beliau berharap, dalam tempoh 3 tahun akan datang, jumlah penonton perlawanan besbol akan mencapai separuh daripada jumlah penonton pertandingan liga bola keranjang, iaitu lebih kurang 10 juta orang, dengan yang demikian, akan terdapat sokongan rakyat yang kukuh.

Pertandingan liga besbol China akan menerima pemain yang hebat dari negara asing untuk meningkatkan taraf pemain China. Pasukan Beijing, Tianjin, Shanghai dan Guangdong telah menerima pemain import dari A.S, Jepun dan Republik Korea yang taraf sukan besbolnya tinggi. Pengerusi Persatuan Besbol China, Encik Hu Jianguo telah menilai tinggi cara tersebut. Beliau berpendapat, taraf pemain warga asing tahun ini lebih tinggi daripada tahun yang sudah-sudah, pemain China boleh belajar pengalaman daripada mereka, ini sangat berfaedah terhadap perkembangan besbol China.

Encik Hu Jianguo menegaskan, secara aktif mempopularkan pertandingan liga besbol akan dapat meningkatkan taraf sukan besbol China.

"Sekarang, terdapat pemain besbol muda China sudah mendapat perhatian negara asing, mereka mempunyai potensi. Pertandingan liga yang bertaraf tinggi berfaedah untuk meningkatkan taraf permainan mereka. Sasaran pertama kami ialah menduduki 3 tempat teratas di Asia, ini juga hasrat pemain besbol China pada masa lalu. Asalkan pertandingan liga besbol kami berjaya, sasaran tersebut boleh dicapai. Pertandingan liga kami merupakan pertandingan bertaraf antarabangsa dan mendapat perhatian media massa, pelbagai kerajaan tempatan dan pasukan yang menyertai pertandingan tersebut. Seiring dengan pelbagai sistem semakin hari semakin standard dan sempurna, pertandingan liga juga akan berjaya."

Encik Hu Jianguo menyatakan, jika taraf pertandingan liga besbol ditingkatkan, pasukan besbol China juga boleh mencapai kejayaan dalam Sukan Olimpik Beijing 2008.

----Andika