Menurut Agensi Berita Xinhua,Naib Wakil Tetap China di PBB, Zhang Yishan berucap dalam sidang terbuka Majlis Keselamatan PBB semalam. beliau menyeru korporat khususnya syarikat trasnasional memainkan peranan mereka untuk mencegah konflik berlaku dan memangkin penyelesaian konflik berdasarkan resolusi Majlis Keselamatan PBB.
Zhang Yishan berkata, seiring dengan pembangunan globalisasi ekonomi, tindakan korporat mempengaruhi perkembangan situasi serantau. Beliau menambah bahawa mereka harus mematuhi resolusi Majlis Keselamatan PBB, giat mengambil bahagian dalam proses damai dan pembangunan semula selepas konflik terutamanya melabur di negara dan kawasan yang kurang maju.
|