Mengenai Siaran B. Melayu Mengenai CRIHubungi Kami
Klik sini ke Galeri Foto...
China Radio International
Berita China
Berita Dunia
Inovasi
Masyarakat
Horizon
Arena Ekonomi
Sukan
China-ASEAN
(GMT+08:00) 2004-04-16 16:43:31    
China Adakan Kerjasama Antarabangsa dalam Bidang Angkasa Lepas

cri
Baru baru ini, wartawan dimaklumkan oleh Biro Penerbangan Angkasa Lepas China, satelit pertama dalam projek rancangan Cluster yang diusahakan bersama oleh China dan Biro Angkasa Lepas Eropah telah dilancarkan secara rasmi dan ujian sedang dilakukan selama lebih 3 bulan. Naib Ketua Pengarah Biro Penerbangan Angkasa Lepas China, encik Sun Laiyan ketika diwawancara oleh wartawan menyatakan bahawa China pada masa ini telah mengadakan kerjasama antarabangsa dengan lebih 10 negara dan badan antarabangsa dalam bidang angkasa lepas, China akan terus mendorong kerjasama itu pada masa depan.

Teknologi sains angkasa lepas telah menjadi salah satu teknologi sains yang paling berpengaruh bagi perkembangan manusia. Meningkatkan kerjasama antarabangsa dan mendorong perkembangan bersama dalam bidang itu telah menjadi matlamat kebanyakan negara. Setakat ini, Biro Penerbangan Angkasa Lepas China telah menjalin hubungan kerjasama dengan Brazil, Pakistan, Korea Selatan, Thailand, Rusia dan Perancis serta Biro Angkasa Lepas Eropah. Naib Ketua Pengarah Biro Penerbangan Angkasa Lepas China, Encik Sun Laiyan menyatakan,

"Prinsip kami adalah untuk meneroka angkasa dengan tujuan damai. China bersedia mengadakan kerjasama dengan pelbagai negara tidak kira negara maju atau negara membangun, atas dasar saling menguntungkan, saling melengkapi, dan memanfaatkan rakyat pelbagai negara."

Dalam pelbagai projek kerjasama antarabangsa, rancangan Cluster yang diusahakan bersama oleh China dan Biro Angkasa Lepas Eropah telah mendapat perhatian umum. Dalam pelaksanaan rancangan itu, China membangunkan dan melancarkan dua satelit, Biro Angkasa Lepas Eropah menyediakan beberapa alat pengesan. Dua salelit tersebut dan 4 satelit yang dilancarkan oleh Biro Angkasa Lepas Eropah telah menjadikan jumlah satelit untuk tujuan penyelidikan bumi itu sebanyak 6 buah pada masa ini. Kini buat pertama kali data sejarah manusia dan maklumat pengawasan itu dikongsi bersama oleh ahli sains China dan Eropah. Satelit pertama dalam rancangan "Cluster" telah dilancarkan pada penghujung tahun 2003, satelit kedua pula akan dilancarkan pada Julai tahun ini.

Sejak tahun 1990-an, China dan Brazil mulai bekerjasama membangunkan satelit bumi. Dua satelit bumi telah dilancarkan, data yang diperoleh melalui satelit itu telah digunakan oleh China dan Brazil dalam sektor pertanian, perhutanan, pengairan dan perancangan Bandar. China dan kerajaan Brazil telah menandatangani perjanjian untuk terus membangunkan dua satelit sumber bumi.

Selain itu, projek satelit kecil kerjasama banyak hala Asia-Pasifik yang dimulakan sejak 3 tahun yang lalu berjalan dengan lancar, projek itu disertai dan dibangunkan bersama-sama oleh China, Iran, Thailand, Mongolia, Korea Selatan, Pakistan dan Bangladesh. Satelit kecil itu terutamanya berfongsi mengawasi kejadian bencana alam, dijangka satelit itu akan dilancarkan pada satu atau dua tahun lagi.

Ketika memperkatakan tindakan lanjut yang dilaksanakan oleh China mengadakan kerjasama antarabangsa dalam bidang angkasa lepas, Naib Ketua Pengarah Biro Perbangan Angkasa Lepas, encik Sun Laiyan berkata,

"Dasar yang baik bagi kerjasama antarabangsa telah disediakan, prospeknya amat cerah dan lingkungan kerjasama juga harus diluaskan. Misalnya, kerajaan China dan Biro Angkasa Lepas Eropah akan menandatangani perjanjian rangka kerjasama antara kerajaan, selain itu, China amat bersedia menyediakan perkhidmatan pelancaran satelit kepada pelbagai negara."

Difahamkan, untuk meningkatkan kerjasama negara dirantau Asia-Pasifik dalam bidang angkasa lepas, China, Thailand dan Pakistan, menganjurkan penubuhan Pertubuhan Kerjasama Angkasa Lepas Asia-Pasifik, 15 buah negara menyatakan akan menganggotai pertubuhan itu.