Kawasan Istimewa Autonomi Etnik Tibet Haibei merupakan salah sebuah kawasan yang pemandangan alam semula jadinya sasngat indah, kaya dengan bahan galian bersejarah lama dan kebudayaan yang cemerlang. Dalam sejarah ratusan tahun yang lalu, penduduknya mencipta tamadun sejarah yang cemerlang, penduduknya yang terdiri daripada entik-etnik Qiang, Han, Tibet, Mongol, Hui, Tu, Sala dan lain-lain. Kawasan Istimewa Autonomi Etnik Tibet Haibei ditubuhkan pada Disember tahun 1953. Keseluruhan penduduk di Kawasan Istimewa Autonomi itu berjumnlah 265 ribu 700 orang yang terdiri daripada 27 etnik minoriti. Jumlah penduduk etnik minoriti mencatat 61.34% daripada jumlah keseluruhan penduduk di kawasan itu, antaranya termasuk etnik-etnik Han, Tibet, Hui, Mongol dan Tu. Kawasan Istimewa Autonomi itu terletak di bahagian tengah gunung Qilian. Keluasan kawasan itu mencatat 34 ribu kilometer persegi. Antaranya keluasan padang rumput mencatat kira-kira 76.2% daripada keluasan kawasan tersebut. Jumlah keseluruhan penduduk yang mengusahakan pertanian dan peternakan mencatat lebih 200 ribu orang. Kumpulan pemimpin kerajaan dan parti Kawasan Istimewa Autonomi Haibei melaksanakan dasar pembangunan pertanian dan peternakan, memperkenalkan sains dan teknologi untuk memakmurkan pertanian dan peternakan. Pertumbuhan pertanian dan peternakan meningkat secara berterusan, mantap dan sihat selepas diadakan sidang pleno ke-3 Jawatankuasa Pusat ke-11 Parti Komunis China.
Jumlah penghasilan tahunan meningkat dengan cepat. Keluasan penanaman tumbuh-tumbuhan pertanian mencatat 525 ribu Mu pada akhir tahun 2002. jumlah keseluruhan bahan makanan mencatat 38 juta 100 ribu kilogram. Jumlah keseluruhan minyak masak mencatat 29 juta 610 ribu kilogram. jumlah pendapatan kaum petani dan penggembala mencatat lebih 1580 yuan Renminbi dan meningkat kepada 10 kali ganda daripada tahun 1978. Sejumlah 99.8% keluarga menggembala di seluruh Kawasan Istimewa Autonomi mengamalkan kehidupan menetap, kini pembangunan infrastruktur peternakan di kawsan itu menduduki tempat yang terdepan daripada 6 buah kawasan peternakan di provinsi Qinghai.
Jumlah pendapatan bersih kaum petani dan penggembala meningkat kepada lebih tiga kali ganda daripada tahun 1980. Kebanyakan kaum penggembala yang menetap di kampung itu mengamalkan gaya hidup sederhana dan kini menuju menjadi mesyarakat kaya.
Pada awal tahun 2010, mekanisasi moden akan digunakan untuk tujuan pertanian dan peternakan, Peralatan moden juga akan digunakan untuk pengkajian sains, kini kadar pempopularan sains dan teknologi mencatat lebih 90%.
|