Menurut Agensi Berita Xinhua China, Pengerusi Jawatankuasa Kesatuan Eropah Romano Prodi yang sedang melawat China menyampaikan ucapan semalam di Shanghai. Beliau berkata, sebagai anggota penting dalam arena ekonomi dunia, China memainkan peranan penting menstabilkan ekonomi dunia dan mengimbangkan perkembangan ekonomi.
Beliau berkata, Kesatuan Eropah gembira terhadap perubahan China selepas menganggotai WTO. Walaupun masih wujud perselisihan perdagangan antara Kesatuan Eropah dengan China, tetapi demi masa depan, perkembangan ekonomi China berfaedah menstabilkan ekonomi dunia.
Beliau berpendapat bahawa, China telah memberi perhatian terhadap masalah ketidakseimbangan pembangunan di pelbagai tempat di China, dna tidak hanya membangunkan kawasan maju, perkembangan yang selaras di pelbagai tempat di China berfaedah untuk mengekalkan pertumbuhan ekonomi China.
|