Menurut Agensi Berita Xinhua, Naib Perdana Menteri China, Huang Ju semalam di Shanghai menyatakan, kerajaan China bersedia meningkatkan kerjasama dan pertukaran dengan kalangan kewangan pelbagai negara.
Demikian dinyatakan oleh beliau semasa menghadiri Sidang Persatuan Kewangan Antarabangsa 2004 yang diadakan di Shanghai. Beliau menyatakan, pelbagai kerajaan dan kalangan kewangan harus menjalankan kerjasama dan pertukaran yang meluas, bersama-sama memangkin kemakmuran dan kestabilan sejagat. Pelaksanaan pembaharuan dan buka pintu China serta pembangunan ekonomi China telah menyediakan peluang perdagangan kepada kalangan kewangan pelbagai negara. Kerajaan China mengalu-alukan badan kewangan asing melabur di China.
|