Mengenai Siaran B. Melayu Mengenai CRIHubungi Kami
Klik sini ke Galeri Foto...
China Radio International
Berita China
Berita Dunia
Inovasi
Masyarakat
Horizon
Arena Ekonomi
Sukan
China-ASEAN
(GMT+08:00) 2004-04-18 14:17:06    
Tung Chee-hwa: Kerajaan Pusat China Sokong Perubahan  Struktur Ekonomi Hong Kong

Agensi Berita Xinhua China
Menurut Agensi Berita Xinhua, Ketua Eksekutif Wilayah Pentadbiran Khas Hong Kong, Tung Chee-hwa semalam memaklumkan Presiden Latvia, Vaira Vike-Freiberge bahawa sejak Hong Kong dikembalikan ke China pada tahun 1997, dasar "satu negara dua sistem" dilaksanakan dengan baik dan kerajaan pusat China sentiasa menyokong perubahan struktur ekonomi Hong Kong.

Beliau berkata, ekonomi Hong Kong pulih melalui perubahan beberapa tahun. Dijangka kadar pertumbuhan ekonomi Hong Kong pada tahun ini akan mencatat 6%. Kadar pengangguran menurun. Beliau menambah, kerajaan Hong Kong akan membangunkan Hong Kong sebagai pentas perdagangan dan perniagaan yang penting di China, membolehkan syarikat asing melabur di China dan juga membolehkan perusahaan di tanah besar China memasuki pasaran antarabangsa.