Latihan Bina Semangat yang mengutamakan pengalaman perseorangan menjadi semakin popular di China pada masa ini, dan banyak perusahaan menghantar kakitangan mereka mengikuti latihan tersebut supaya dapat meningkatkan perpaduan kumpulan. Baru-baru ini, wartawan CRI telah mengambil bahagian dalam latihan tersebut.
Latihan Bina Semangat diadakan selama sehari semalam, dan kuliahnya ditetapkan dengan agak ketat. Kuliah pertama disebut "Pencairan Batu Ais" yang bertujuan agar para peserta saling mengenali antara satu dengan lain. Seramai lebih 30 peserta dibahagikan kepada 3 pasukan. Dalam tempoh setengah jam, para peserta memperkenalkan diri sendiri dan menetapkan nama pasukan, lambang pasukan, displin pasukan dan lagu pasukan. Seterusnya, para peserta juga memilih Ketua Pasukan dan Timbalan Ketua Pasukan. Dengan demikian, para peserta tidak berasa asing lagi dan turut meletakkan asas yang baik untuk mengikuti latihan pada hari berikutnya.
Latihan pada hari berikutnya terdiri daripada 4 acara, iaitu "Terjatuh ke Belakang" yang menguji kepercayaan antara peserta; "Melintasi Jambatan Putus" yang meneroka potensi yang tersembunyi; "Pulau Terpencil" yang memperbaiki komunikasi antara peserta dan "Berjuang untuk Hidup" yang mencerminkan semangat perpaduan dan kerjasama antara para peserta.
Encik Du Kui, Pengurus Besar Syarikat Latihan Bina Semangat Renzongren Beijing Bhd. Berkata, "Acara 'Terjatuh ke Belakang' menetapkan seorang peserta berdiri di tempat yang tinggi, dan terjatuh ke belakang, serentak itu, di bawah tempat tinggi itu, peserta yang lain menyambutnya dengan 2 tangan. Acara itu memerlukan kepercayaan antara para peserta, dan kepercayaan tersebut bermaksud bukan sahaja pegawai atasan perlu mempercayai kakitangan bawahan, tetapi juga kakitangan bawahan perlu mempercayai pegawai atasan".
Selain itu, acara "Jambatan Terputus" menguji setiap peserta melompat dari satu jambatan yang tingginya 8 meter ke satu jambatan terputus yang jaraknya 2 meter. Acara itu memerlukan keberanian.
Setelah menjalani aktiviti yang menakutkan itu, setiap peserta mendapat keyakinan yang mendalam, Puan Sheng Yuhong, salah seorang peserta Latihan Bina Semangat itu berkata kepada wartawan CRI, "Saya mendapat pengalaman yang tidak pernah diperoleh dalam latihan tradisonal. Sewaktu berada dalam persekitaran yang sukar, saya berjaya menyelesaikan banyak hal yang sukar diselesaikan, dan turut mendapat pengalaman baru terhadap diri sendiri, kawan sekerja, kumpulan dan kerja pada masa depan."
Dimaklumkan bahawa Latihan Bina Semangat diperkenalkan ke China pada tahun 1995. Encik Du Kui, Pengurus Besar Syarikat Latihan Bina Semangat Renzongren Beijing Bhd. syarikat yang paling awal mempromosikan Latihan Bina Semangat di China, berkata, "Di China, pada umumnya Latihan Bina Semangat merupakan cara latihan yang baru. Walaupun dalam tempoh 8 hingga 9 tahun alu, seramai lebih ratusan ribu orang pernah
mengikuti latihan kami, tetapi jumlah tersebut hanya sedikit sahaja di China—negara yang mempunyai begitu ramai penduduk. Sekarang semakin banyak badan menyediakan latihan serupa itu, atau menyediakan cara pelajaran yang baru itu dalam pelajaran tradisional mereka."
Encik Du Kui berpendapat bahawa pasaran Latihan Bina Semangat di China mempunyai masa depan yang cerah.
----Azmi
|