Mengenai Siaran B. Melayu Mengenai CRIHubungi Kami
Klik sini ke Galeri Foto...
China Radio International
Berita China
Berita Dunia
Inovasi
Masyarakat
Horizon
Arena Ekonomi
Sukan
China-ASEAN
(GMT+08:00) 2004-04-19 13:41:44    
China Meningkatkan Pencegahan dan Kawalan Penyakit AIDS

CRI
Suruhanjaya Pencegahan dan Kawalan Penyakit AIDS Dewan Negara China -- badan pencegahan dan kawalan penyakit AIDS peringkat negara China telah ditubuhkan baru-baru ini. Tugas badan itu adalah untuk menggalakkan dan menyelaraskan fungsi kekuatan pelbagai pihak untuk mencegah dan mengawal dengan baik penyakit AIDS. Pihak media berpendapat, ini bermakna kerajaan China telah menumpukan perhatian terhadap masalah AIDS yang semakin serius di China dan ini juga akan mendorong agar kerja pencegahan dan kawalan penyakit AIDS terus ditingkatkan di pelbagai tempat di China.

Jumlah pengidap penyakit AIDS meningkat dengan pesat di China. Pada masa ini, jumlah pesakit yang mengidap virus AIDS berjumlah kira-kira 840 ribu di seluruh negara, manakala jumlah pesakit AIDS kira-kira 80 ribu.

Menurut pakar, jika tidak dapat dikawal dengan segera, penyakit AIDS pasti akan menjejaskan dengan serius perkembangan sosioekonomi dan kestabilan masyarakat China.

Memandangkan situasi yang serius ini, China terus meningkatkan pencegahan dan kawalan penyakit AIDS. Penubuhan Suruhanjaya Pencegahan dan Kawalan Penyakit AIDS Dewan Negara China ini merupakan tindakan penting lagi yang diambil oleh kerajaan China untuk mengawal penyakit AIDS.

Pengerusi Suruhanjaya Pencegahan dan Kawalan Penyakit AIDS Dewan Negara China Puan Wu Yi menegaskan, pada masa depan, 4 dasar percuma akan dilaksanakan di China dalam usaha pencegahan dan kawalan penyakit AIDS, salah satu antaranya ialah perubatan dan rawatan antivirus percuma akan dilaksanakan terhadap pesakit AIDS kaum tani atau penduduk yang miskin di bandar dan pekan.

Menurut maklumat, perubatan dan rawatan secara percuma telah dilaksanakan terhadap pesakit AIDS di beberapa tempat di China. Di Provinsi Henan yang jumlah pesakit AIDS agak ramai, perubatan dan rawatan telah dilaksanakan terhadap semua pesakit AIDS di seluruh provinsi itu dengan biaya perubatan ditanggung oleh kerajaan. Pegawai Jabatan Kesihatan Provinsi Henan Encik Li Zizhao menyatakan,

"Perubatan dan rawatan antivirus secara percuma telah dilaksanakan terhadap pesakit AIDS yang dikenalpasti, semua ubat berkaitan disediakan oleh Kementerian Kesihatan Negara. Hasil perubatan dan rawatan kebanyakan pesakit amat baik. Penduduk awam berpuas hati terhadap tindakan ini."

Di samping kerajaan pusat meningkatkan pencegahan dan kawalan penyakit AIDS, kerajaan tempatan pelbagai peringkat di China juga mencari dan melaksanakan cara yang berkesan. Misalnya, seramai lebih 70 pegawai kerajaan provinsi Henan ditempatkan di 38 kampung yang perebakan penyakit AIDS serius di provinsi itu untuk bertugas. Encik Zhang Ruijun yang menyertai kerja itu memberitahu wartawan, 

"Tugas kami ialah mengunjungi pesakit AIDS yang teruk, mengetahui pendapat dan cadangan mereka unutk menangani tugas penyelamatan dan rawatan. Pendapat dan cadangan tersebut akan kami laporkan kepada badan berkaitan. Selain itu, kami juga mempertimbangkan bagaimana mengembangkan produksi dan ekonomi, membantu kaum tani di kampung tersebut meningkatkan taraf hidup mereka."

----Ching