Mengenai Siaran B. Melayu Mengenai CRIHubungi Kami
Klik sini ke Galeri Foto...
China Radio International
Berita China
Berita Dunia
Inovasi
Masyarakat
Horizon
Arena Ekonomi
Sukan
China-ASEAN
(GMT+08:00) 2004-04-19 13:25:27    
Pengeluaran dan Penjualan Kereta Tingkat dengan Pesat di China

CRI
Pengeluaran dan penjualan kereta China meningkat dengan pesat pada tahun 2003 akibat faktor yang bermanfaat. Menurut analisis pakar berkaitan, trend perkembangan ini akan diteruskan pada beberapa tahun yang akan datang. Syarikat-syarikat kenderaan asing berturut-turut meningkatkan pengeluaran kereta mereka untuk menduduki kuota yang lebih banyak dalam pasaran kereta di China.

Pada bulan November tahun 2003, jumlah keluaran kereta bulanan di China melebihi 200 ribu buah, dan membaharui rekod tertinggi dalam sejarah. Keadaan juga amat baik dalam bidang penjualan. Pembeli kereta amat ramai setiap hari dalam Pasar Kenderaan Perkampungan Sukan Asia-pasar kenderaan yang paling besar di bandar Beijing. Banyak kereta buatan usaha sama China dengan luar negara seperti kereta BMW dan Hyundai Sonata harus membuat tempahan dalam tempoh yang panjang. Menurut data-data terbaru, jumlah pengeluaran dan penjualan kereta di China pada tahun 2003 melebihi 1.9 juta buah, kadar peningkatannya melebihi 70%. Manakala nisbah pengeluaran kereta dalam jumlah pengeluaran kenderaan China juga meningkat kepada separuh pada tahun 2003 daripada 1/3 pada tahun 2002.

Menurut analisis Naib Presiden Persekutuan Industri Permesinan China Encik Zhang Xiaoyu, banyak faktor bermanfaat bagi peningkatan dengan pesat pengeluaran dan penjualan kereta di China pada tahun 2003. Beliau berkata,

"Kejayaan ini dicapai kerana kerajaan pusat menggalakkan permintaan dalam negeri dan menyokong untuk meneroka bidang konsumsi; manakala kerajaan pelbagai tempat berusaha untuk menambah kemudahan seperit lebuh raya dan tempat letak kereta; bertambah pula sebab pertumbuhan ekonomi yang pesat dan peningkatan pendapatan penduduk awam yang ketara pada tahun-tahun kebelakangan ini. Menurut hemat saya, seiring dengan peningkatan terus taraf kehidupan penduduk dan perkembangan kemudahan dan lebuh raya di pelbagai bandar China, perkembangan industri kereta China akan kekal pesat pada masa depan."

Pada tahun 2003, perebakan wabak SARS mengakibatkan penduduk awam menyedari pentingnya memiliki kereta sendiri. Ramai orang yang ingin memiliki kereta sendiri membeli kereta dengan lebih awal sehingga jumlah penjualan kereta meningkat dengan pesat. Menurut maklumat, kerajaan China telah menetapkan industri kereta merupakan kalangan konsumsi penduduk awam utama yang akan diteroka pada tahun 2004. Penggalakan kerajaan dan hasrat pembelian kereta penduduk awam terus ditingkatkan, ini akan menyebabkan jumlah pengeluaran dan penjualan kereta di China terus meningkat dengan pesat. Menurut jangkaan pakar, jumlah pengeluaran kenderaan di China pada tahun ini akan meningkat 20%, kecepatan peningkatan pengeluaran dan penjualan kereta akan melebihi 50%.

Keadaan pasaran kenderaan di China juga menyakinkan pedagang kereta banyak luar negara terhadap China. Pada masa ini, pedagang kereta asing utama seperti General Motors, Volkswagen dan BMW telah menyelesaikan pengaturan strategi mereka di China.

Ketua Pengarah Syarikat Kenderaan Shenlong berhad -- syarikat usaha sama China-Perancis, Encik Miao Wei menyatakan,

"Projek pembangunan peringkat kedua Syarikat Kenderaan Shenlong berhad—projek jumlah pengeluaran kereta mencatat 300 ribu buah setahun telah beroperasi di Wuhan, Provinsi Hubei China. Jumlah pelaburan pembangunan projek itu mencatat kira-kira 6 bilion Yuan RMB."

Pedagang kereta asing berharap selain memuaskan permintaan pengguna China, tetapi juga mendapat keuntungan.

----Ching