Mengenai Siaran B. Melayu Mengenai CRIHubungi Kami
Klik sini ke Galeri Foto...
China Radio International
Berita China
Berita Dunia
Inovasi
Masyarakat
Horizon
Arena Ekonomi
Sukan
China-ASEAN
(GMT+08:00) 2004-04-19 13:14:10    
China Laksanakan Dasar Pengurangan Cukai

Agensi Berita Xinhua China
Pelbagai dasar pengurangan cukai telah diperkenalkan oleh kerajaan pusat dan kerajaan pelbagai tempatan China pada tahun ini. Menurut penganalisis berkaitan, dasar pengurangan cukai semakin lama semakin memainkan peranan penting untuk menyediakan lebih banyak peluang kerja kepada penganggur dan merangsang permintaan dalam negara, kawalan makro cukai akan memainkan peranan yang lebih penting dalam dasar kewangan positif China.

Bekas Menteri Jabatan Pentadbiran Am Cukai Negara China Encik Jin Renqing dalam Sidang Cukai Kebangsaan yang diadakan tidak lama dahulu menyatakan, sejak tahun 1998, penyusunan semula struktur dasar cukai telah dilaksanakan untuk menghadapi trend deflasi. Tindakan ini memainkan peranan penting terhadap kawalan makro cukai dan untuk menghadapi deflasi.

Encik Jin Renqing memberi contoh tindakan penting seperti berikut: kutipan cukai pelaburan aset tetap dikurangkan separuh pada hujung tahun 1999, dan berhenti buat sementara waktu pada tahun 2000; kutipan cukai pendapatan perseorangan dipulihkan terhadap perolehan faedah wang simpanan pada bulan Nov. tahun 1999; cukai urusniaga kewangan dan insurans dikurangkan; jumlah cukai eksport dibayar balik diperluas beberapa kali, dan kadar cukai eksport dibayar balik ditingkatkan kira-kira 15%. Dalam tempoh 5 tahun yang lalu, beberapa dasar cukai keutamaan dikeluarkan untuk memangkin perkembangan industri perisian dan litar bersepadu elektronik, pembangunan di bahagian barat China dan menyediakan peluang kerja kepada penganggur.

Menambah perbelanjaan kewangan dan mengurangkan cukai merupakan dua cara untuk melaksanakan dasar kewangan yang positif. Skop perbelanjaan kewangan amat banyak di China, maka, semasa memperluaskan perbelanjaan, kerajaan sentiasa mengurangkan cukai dengan berhati-hati. Menurut makluman Ni Hongri, Profesor Pusat Penyelidikan Pembangunan Dewan Negara China, pengurangan cukai yang dijalankan di China bukan seperti di negara lain, iaitu mengurangkan cukai secara menyeluruh terhadap pendapatan perusahaan dan orang perseorangan. Di China, cukai dikurangkan secara makro, misalnya dasar cukai keutamaan dilaksanakan terhadap pembangunan di bahagian barat China dan dilaksanakan untuk menyediakan peluang kerja kepada penganggur.

Menurut maklumat Encik Zhang Liqun, Profesor Pusat Penyelidikan Pembangunan Dewan Negara China, sejak dasar kewangan yang positif dilaksanakan, tindakan pengurangan cukai memainkan peranan yang penting untuk memperbaiki iklim mikro perusahaan. Misalnya membangunkan ekonomi secara pentadbiran sendiri, merancakkan pelaburan kalangan rakyat dan menambah pelaburan perusahaan. Menurut Zhang Liqun, tindakan mengurangkan cukai dan menyusun semula struktur cukai dapat dilaksanakan dengan lebih sempurna jika bersesuaian dengan pelaksanaan pembaharuan terhadap struktur sistem cukai kewangan di China sekarang.

----Ching