Mengenai Siaran B. Melayu Mengenai CRIHubungi Kami
Klik sini ke Galeri Foto...
China Radio International
Berita China
Berita Dunia
Inovasi
Masyarakat
Horizon
Arena Ekonomi
Sukan
China-ASEAN
(GMT+08:00) 2004-04-19 15:49:40    
Bank Antarabangsa Puji Pembaharuan Sistem Kewangan China

cri
Wartawan CRI melaporkan bahawa para ahli bank daripada pelbagai badan kewangan transnasional yang menyertai sidang musim bunga Institut Kewangan Antarabangsa yang diadakan di Shanghai hari ini telah memuji hasil yang dicapai dalam pembaharuan system kewangan China serta menyatakan prospek pembaharuan dan pembangunan kewangan China amat cerah.

Ketua Pengarah kawasan Asia Bank Deutsche, Zhang Hongli berpendapat bahawa pembaharuan sistem bank merupakan sebahagian perkara yang paling sukar dalam pembaharuan ekonomi China, kerajaan China akan menyelesaikan masalah itu berdasarkan fakta, bank negara asing beroptimis terhadap prospek pembaharuan dan pembangunan kewangan China.

Pakar ekonomi kanan Institut Kewangan Antarabangsa, Yusuke Horiguchi menyatakan bahawa berdasarkan kenyataan pegawai kewangan China, kerajaan China akan mengambil dasar dan tindakan yang sesuai untuk mengawal sektor bank secara makro. Beliau percaya kerajaan China mempunyai keupayaan yang cukup untuk mengatasi masalah itu.