Menurut Agensi Berita Xinhua, Naib Menteri Buruh dan Jaminan Sosial China, Liu Yongfu berkata semalam bahawa pada beberapa tahun yang lalu, usaha jaminan sosial China telah mencapai kemajuan besar.
Encik Liu Yongfu dalam sidang yang diadakan di kota Zhuhai, selatan China berkata bahawa pada tempoh 5 tahun yang lalu, perolehan tahunan dana pelbagai insurans sosial telah bertambah 3 kali ganda, setakat penghujung tahun 2003, jumlah dana itu telah mencatat lebih 490 bilion yuan RMB.
|