Mengenai Siaran B. Melayu Mengenai CRIHubungi Kami
Klik sini ke Galeri Foto...
China Radio International
Berita China
Berita Dunia
Inovasi
Masyarakat
Horizon
Arena Ekonomi
Sukan
China-ASEAN
(GMT+08:00) 2004-04-22 16:31:43    
Kunming Menjadi Jendela Kerjasama China-ASEAN

CRI
Bermula pada 1 Oktober tahun lepas, penduduk Kunming boleh menikmati buah-buahan kawasan tropika yang murah dan sedap dari Asia tenggara. Jumlah buah-buahan dan sayur-sayuran yang dieksport dari Kunming ke Asia tenggara meningkat besar-besaran. Pada Disember tahun lalu, Datuk Bandar dari pelbagai negara Asia tenggara telah menyertai Forum Datuk Bandar Asia Timur di Kunming. Di Bandar Kunming, anda akan berasa sangat dekat dengan ASEAN.

Zon perdagangan bebas merupakan cara yang berkesan untuk meningkatkan kerjasama perdagangan dan saling melengkapi serta saling menguntungkan antara pelbagai negara. Seiring dengan penubuhan Zon Perdagangan Bebas China-ASEAN, Kunming merupakan bandar di China yang sangat terkenal di ASEAN.

Berbanding dengan bandar China yang lain, Kunming mempunyai 4 keunggulan untuk menyediakan pasaran perdagangan bebas antarabangsa kepada ASEAN.

Dalam penubuhan Zon Perdagangan Bebas China-ASEAN, kerajaan pusat China sangat memberi keutamaan kepada Yunnan. Dalam Sidang Kemuncak 10+1 dan 10+3 pemimpin China-ASEAN yang diadakan di Pulau Bali Indonesia pada tahun lalu, Perdana Menteri China Wen Jiabao telah mengumumkan, lebuh raya dari Kunming ke Bangkok akan mulai dibina pada awal tahun ini, banyak projek penting yang berkaitan dengan pembangunan Provinsi Yunnan dan Zon Perdagangan Bebas China-ASEAN termasuk landasan kereta api subAsia, memperdalamkan laluan perkapalan Sungai Lancang-Mekong, lebuh raya yang menyambungkan China dan negara anggota ASEAN akan dimasukkan dalam agenda. Setelah projek tersebut sudah siap, kedudukan Kunming sebagai pusat komunikasi akan lebih menonjol.

Sebagai bandar yang penting di kawasan barat China kepada ASEAN, keupayaan ekonomi Kunming terus meningkat. Setelah dasar pembaharuan dan buka pintu diamalkan di China selama lebih 20 tahun, Bandar Kunming semakin hari semakin maju dan terbuka kepada negara asing, Ekonomi Kunming dan ASEAN saling melengkapi dan mempunyai dasar dan syarat untuk mengadakan kerjasama dari pelbagai segi dan dalam pelbagai bidang. Setelah Bandar Kunming berjaya menganjurkan Ekspo Dunia tahun 1999, keunggulan Kunming sudah diakui oleh pelbagai negara ASEAN malah seluruh dunia. Setelah Kunming mengemukakan rancangan pembangunan yang baru, bandar itu akan menjadi penggerak ekonomi Provinsi Yunnan dan merupakan salah satu pusat perdagangan dan pelancongan di kawasan barat China yang menyambungkan China, Asia tenggara dan Asia selatan. Penubuhan Jabatan Marin Sungai Lancang di Kunming, dasar bebas tarif import-eksport buah-buahan dan sayur-sayuran antara China dan Thailand telah menyediakan peluang yang baik kepada Provinsi Yunnan untuk menjadi pangkalan sayur-sayuran kepada Asia tenggara.

Kunming terletak di kawasan hadapan pembangunan Zon Perdagangan Bebas China-ASEAN, sempadan antara provinsi Yunnan dan Vietnam, Laos serta Myanmar sepanjang lebih 4000 kilometer. Terdapat lebih 20 laluan sempadan peringkat kebangsaan dibuka sepanjang tahun. Sungai Lancang-Mekong yang menyambungkan 6 negara menjadi laluan yang paling mudah dari kawasan barat China ke ASEAN. Kunming telah menjadi jambatan yang menyambungkan China-ASEAN.

Hubungan tradisioner antara Provinsi Yunnan dengan negara jiran Asia tenggara bersejarah lama. Terdapat urusan perdagangan di sempadan China dan ASEAN yang sangat panjang. Pelbagai etnik tinggal melangkau sempadan, adat resam dan bahasa rakyat Provinsi Yunnan dan negara jiran hampir sama. Terdapat ramai orang Cina yang tinggal di Asia tenggara, mereka telah memberi sumbangan yang besar terhadap kerjasama ekonomi dan pertukaran kebudayaan kedua-dua pihak.

Ekspo Kunming yang diadakan pada Ogos tahun lalu telah meningkatkan kerjasama ekonomi dan pertukaran sains dan teknologi antara China dan ASEAN. 10 negara anggota ASEAN telah menyertai ekspo tersebut. Serentak itu, sidang promosi projek di kawasan barat daya China kepada usahawan Cina di negara ASEAN telah dijalankan. Pada Disember tahun lalu, Forum Datuk Bandar Asia Timur telah dianjurkan di Kunming, kesemua ini telah mengeratkan hubungan antara Kunming dan ASEAN.

Kunming secara meluas menarik kerajaan asing, pertubuhan kalangan rakyat, perusahaan dan pelabur melabur di pusat perdagangan antarabangsa Kunming, menubuhkan pejabat tetap, meningkatkan komunikasi dan pertukaran, dengan yang demikian, Kunming telah menjadi pangkalan hadapan pertukaran, kerjasama dan pelaburan antara kedua-dua pihak.

Ekspo Kunming yang diadakan setahun sekali tetap menjadi pasaran perdagangan bebas antarabangsa yang tidak akan ditutup, ekspo tersebut telah menyediakan syarat keutamaan dan perkhidmatan untuk menarik perusahaan besar dari dalam dan luar negara. Ekspo itu telah menyediakan gerai tetap, mempamerkan barangan dan menyediakan perkhidmatan perniagaan sepanjang tahun. Ekspo itu menyediakan peluang yang penting untuk mempamerkan hasil, projek dan produk yang baru dan merupakan pasaran hadapan China dan ASEAN.

Forum Datuk Bandar ASEAN telah menyediakan peluang untuk meningkatkan komunikasi antara kerajaan, perusahaan dan persatuan perniaganan pelbagai negara Asia selatan. Menghubungkan pegawai, sarjana dan usahawan untuk membincangkan kemungkinan kerjasama dalam pelaburan, perdagangan dan sains dan teknologi, melaksanakan penerokaan dua hala atau pelbagai hala.

Kerajaan Kunming memperbaiki iklim pelaburan, memudahkan proses pengesahan dan pendaftaran usahawan asing di sana, dengan sedaya upaya menyediakan perkhidmatan terbaik kepada pelabur.

Penubuhan pasaran perdagangan bebas antarabangsa Kunming akan memangkin usaha menarik pelaburan asing dalam sektor industri, pertanian, sains dan teknologi, maklumat, kewangan, pelancongan dan perniagaan. Kunming yang semakin maju akan memainkan peranan yang penting dalam kerjasama antara China dan ASEAN.

----Andika