Setelah pasukan renang kebangsaan China meraih tiga pingat emas dalam Kejohanan Renang Dunia Barcerlona, Sepanyol pada tahun lalu, mereka sedang berlatih dan berusaha untuk memperolehi pingat emas dalam acara renang di Sukan Olimpik tahun ini.
Setelah pasukan China mendapat empat pingat emas dalam Sukan Olimpik Barcelona tahun 1992, taraf para atlet menurun. Dalam Sukan Olimpik tahun 1996, pasukan China hanya mendapat satu pingat emas dalam acara renang. Manakala dalam Sukan Olimpik tahun 2000, pasukan China hanya menduduki tempat keempat dalam pertandingan 200 meter acara renang wanita.
Setelah Sukan Olimpik Sydney berakhir, Pasukan Renang Kebangsaan China telah menjalankan perubahan struktur, menimba pengalaman daripada A.S. dan Australia yang maju dari segi pentadbiran, penyelidikan sains, pemilihan jurulatih, latihan pemain dan anti-ubat perangsang.
Pegawai kanan Pusat Pentadbiran Renang Kebangsaan China, Encik Yuan Jiawei menyatakan,
"Atlet mencapai kemenangan dalam pertandingan melalui latihan dalam jangka masa yang panjang. Mereka mesti menyesuaikan diri dalam pertandingan dari segi psikologi dan fizikal. Tambahan pula jumlah pakar dalam Pasukan Renang Kebangsaan China bertambah kepada lapan orang daripada tiga orang."
Para pakar mengemukakan cadangan serta mengawasi latihan dan kehidupan atlet. Contohnya, latihan sebahagian atlet kurang sempurna, Pasukan Renang Kebangsaan China telah melantik pakar dalam bidang fizikal untuk menetapkan rancangan latihan baru. Di samping itu, mengadakan kursus kepada para jurulatih supaya meningkatkan konsep dan cara latihan mereka.
Pasukan Renang Kebangsaan China kian matang melalui latihan beberapa tahun. Dalam pertandingan Kejohanan Renang Dunia tahun lepas, kemajuan pasukan China telah memberi kesan mendalam kepada orang awam. Persatuan Renang Antarabangsa menjangka bahawa pasukan renang China akan mencapai kemenangan besar dalam Sukan Olimpik tahun ini. Ketua Jurulatih Pasukan Renang Kebangsaan China, Encik Zhao Ge menyatakan,
"Memandangkan latihan yang dijalankan sekarang, Pasukan China berkemungkinan besar meraih pingat emas dalam beberapa acara renang wanita Sukan Olimpik tahun ini."
Kekuatan mental para atlet amat penting. Untuk meningkatkan kekuatan mental para atlet, Pasukan Renang Kebangsaan China telah menjemput pakar psikologi memberi syarahan kepada pemain dalam tempoh tertentu, mengajar mereka cara menenangkan perasaan gemuruh dalam pertandingan.
Selain jaminan penyelidikan sains dan mental, Pasukan Renang Kebangsaan China juga mencontohi tindakan negara lain. Para jurulatih pasukan China akan meninjau latihan pasukan renang Belanda pada April tahun ini. Taraf renang atlet Belanda setaraf dengan atlet renang China. Taraf keseluruhan kedua-dua negara dalam acara sukan renang belum mencapai taraf tertinggi dunia tetapi sudah mencapai taraf yang tinggi dalam beberapa acara.
Di samping itu, Pusat Renang China telah menetapkan rancangan tindakan untuk membendung gejala penggunaan ubat perangsang. Pasukan renang China telah meluluskan semua ujian tentang ubat perangsang dalam pertandingan antarabangsa dari tahun 2002 hingga tahun 2003. "Peraturan Anti-Ubat Perangsang" sudah dikemukakan di China, dan usaha anti-ubat perangsang di China semakin ketat. Encik Zhao Ge menyatakan,
"Pasukan kita menjalankan ujian setiap minggu untuk mengelakkan atlet kami menggunakan ubat perangsang. Justeru tiada atlet menggunakan ubat perangsang dalam Pasukan Renang Kebangsaan China."
Atlet-atlet renang China berkeyakinan penuh untuk meraih pingat emas dalam pertandingan Sukan Olimpik tahun ini. Atlet renang terkenal China, Luo Xuejuan memberitahu wartawan bahawa beliau akan menjalani latihan yang ketat dalam tempoh beberapa bulan depan untuk menyesuaikan diri dalam pertandingan Sukan Olimpik Athens.
----Wang Jin
|