Wartawan CRI melaporkan bahawa Menteri Perdagangan Thailand, Watana Muangsook berkata di Bangkok semalam, rundingan perdagangan bebas dua hala antara Thailand dan Australia telah berakhir, kedua-dua pihak merancang akan menandatangani perjanjian pada bulan Mei.
Watana berkata, Perjanjian Perdagangan Bebas Dua Hala Thailand-Australia akan berkuatkuasa pada 1 Januari tahun 2005. Menurut perjanjian, kedua-dua negara akan mengurangkan tarif barangan pengeluaran industri dan pertanian dengan secara berperingkat-peringkat serta membatalkan tarif lebih 6 ribu jenis barangan menjelang tahun 2010.
|