Menurut Agensi Berita Xinhua: Jabatan Am Pengawasan, Pemeriksaan dan Kuarantin China semalam mengeluarkan pemberitahuan kecemasa menuntut badan pemeriksaan dan kuarantin pelbagai peringkat meningkatkan pengawasan dan pemeriksaan pelancong yang keluar masuk ke China di kawasan sempadan untuk mencegah perebakan wabak SARS.
Berdasarkan maklumat pemberitahuan itu, sistem laporan kesihatan, menyukat suhu badan, pemeriksaan dan mengenyah virus harus dikekalkan di pelbagai pintu keluar masuk China untuk mengesan, mengawal dan memberi amaran dengan segera perebakan wabak SARS.
Selain itu, Kementerian Kesihatan China juga membuat peraturan terperinci untuk mencegah jangkitan SARS dan menuntut badan di pelbagai tempat China membuat persiapan untuk menghadapi perebakan wabak itu.
|