Mengenai Siaran B. Melayu Mengenai CRIHubungi Kami
Klik sini ke Galeri Foto...
China Radio International
Berita China
Berita Dunia
Inovasi
Masyarakat
Horizon
Arena Ekonomi
Sukan
China-ASEAN
(GMT+08:00) 2004-04-23 15:52:26    
A.S.-China Berusaha Selesaikan Masalah Ketidakseimbangan Perdagangan China-A.S.

cri

Wartawan CRI melaporkan bahawa Naib Perdana Menteri China, Wu Yi menyampaikan ucapan di Wahsington malam semalam dan menyeru A.S. membatalkan sekatan yang tidak rasional terhadap pengeksportan barangan teknologi tinggi kepada China, berusaha bersama-sama dengan China menyelesaikan masalah ketidakseimbangan perdagangan China-A.S..

Wu Yi berkata pihak China berusaha menyelesaikan masalah tersebut, sejak musim gugur tahun 2003, perusahaan China pernah menghantar rombongan ke A.S. dan membeli barangan bernilai lebih 10 bilion dolar Amerika.

Wu Yi menegaskan bahawa pihak A.S. juga mesti mengambil tindakan untuk membatalkan sekatan yang tidak rasional terhadap pengeksportan barangan teknologi tinggi kepada China.

Diberitakan lagi, Wu Yi telah menemui Setiausah Negara A.S., Colin Powell di Washington semalam, kedua-dua pihak telah bertukar-tukar pendapat tentang hubungan ekonomi dan perdagangan China-A.S. serta berpuas hati terhadap hasil yang dicapai oleh sidang Suruhanjaya Bersama Perniagaan dan Perdagangan China-A.S. ke-15.