Mengenai Siaran B. Melayu Mengenai CRIHubungi Kami
Klik sini ke Galeri Foto...
China Radio International
Berita China
Berita Dunia
Inovasi
Masyarakat
Horizon
Arena Ekonomi
Sukan
China-ASEAN
(GMT+08:00) 2004-04-23 21:33:25    
Yenan Baiki Ekologi Alam Sekitarnya

cri
Bandar Yenan di utara Provinsi Shaanxi China merupakan tempat bermulanya revolusi China. Tetapi, dalam beberapa puluh tahun yang lalu, banjir dan hakisan tanah telah mempengaruhi pembangunan sosioekonomi Yenan. Bermula tahun 1997, Yenan mengutamakan pembangunan ekologi alam sekitarnya. Dalam tempoh 5 tahun yang lalu, ekologi alam sekitar di Yenan telah dipulihara, pendapatan kaum petani telah bertambah dengan stabil dan taraf kehidupan mereka semakin meningkat.

Pada tahun 1930-an dan 1940-an, Yenan terkenal kerana menjadi bandar pentadbiran kerajaan pusat Parti Komunis China. Namun bagaimanapun, Yenan yang terletak di dataran tinggi tanah kuning, seiring mengalami banjir dan hakisan tanah yang sangat serius terutamanya di kawasan aliran tengah Sungai Kuning. Berbanding dengan kawasan yang berkembang maju, Yenan agak mundur dalam bidang ekonomi, kebudayaan dan lain-lain.

Pada tahun 1997, Yenan telah mengadakan projek percubaan pemulihan tanah pertanian menjadi hutan semula. Dua tahun kemudian, 13 buah kaunti di Yenan disenaraikan sebagai kaunti percubaan projek tersebut di China. Dengan mengambil peluang ini, Bandar Yenan menjadikan pembangunan ekologi alam sekitar sebagai tugas strategi dalam jangka panjang, dan melaksanakan pemulihan tanah pertanian menjadi hutan semula dalam keluasan yang besar.

Semasa berdiri di punck gunung Baota Yenan, wartawan dapat menyaksikan banyak pokok yang hijau di kawasan perbukitan tanah kuning tersebut. Banyak ladang di bukit itu telah ditanam pokok kecil dan rumput.

Timbalan Datuk Bandar Yenan Encik Li Wenhao menyatakan, bahawa projek pemulihan tanah pertanian menjadi hutan semula yang dilaksanakan dalam tempoh 5 tahun yang lalu, bukan sahaja memperbaiki ekologi alam sekitar Yenan, tetapi juga memangkin pembangunan sosioekonomi tempatan secara berterusan.

Beliau berkata: "Projek pemulihan tanah pertanian menjadi hutan semula merupakan projek yang besar dalam jangka panjang dan kaum petani mendapat faedah yang paling banyak, ini juga merupakan projek percubaan yang berjaya dalam pelaksanaan strategi pembangunan di kawasan barat China".

Difahamkan, dalam tempoh 5 tahun yang lalu, keluasan hakisan tanah yang dikawal di Yenan mencatat lebih 470 ribu hektar dan keluasan pemulihan tanah pertanian menjadi hutan semula berjumlah lebih 300 ribu hektar, dataran tinggi tanah kuning di situ kini hijau semula.

Pada masa yang lalu, Kaunti Wuqi yang terletak di barat laut Yenan adalah mundur, Ketua Kaunti Wuqi berkata: " Pada awal tahun 1980-an, keluasan tanah pertanian seluruh kaunti mencatat lebih 130 ribu hektar, jumlah ternakan terutamanya kambing melebihi had keluasan padang rumput asli, cara penternakan umpama itu telah mengakibatkan ekologi alam sekitar semakin memburuk dan ekonominya semakin mundur dalam jangka panjang".

Sejak tahun 1998, Kaunti Wuqi mulai melarang kegiatan penternakan dan melaksanakan projek pemulihan tanah pertanian menjadi hutan semula, kadar tanaman pokok dan rumput seluruh kaunti meningkat 50% pada masa kini berbanding kurang 20% pada tahun 1997. Keluasan hutan yang bertambah di kaunti itu mencatat hampir 100 ribu hektar, kini Kaunti Wuqi menjadi kaunti yang paling banyak menjalankan pemuliharaan hutan dan kawasan hijau boleh kelihatan di kawasan itu.

Dalam melaksanakan projek tersebut, kerajaan Bandar Yenan juga menyusun semula struktur industri untuk memperolehi pendapatan yang stabil. Timbalan Datuk bandar Yenan Li Wenhau berkata bahawa disebabkan dasar negara membenarkan peluasan 20% hutan ekonomi, maka bandar itu menanam pokok kurma merah, walnut dan lain-lain di kawasan utara dan tebing Sungai Kuning. Lantaran itu, bandar itu berusaha mengembangkan sector penternakan, menanam rumput dan mengusahakan padang rumput bermutu baik, selain itu, menetapkan cara perkembangan iaitu penternakan lembu di kawasan hutan asli dan separuh asli di selatan dan penternakan kambing di kawasan perbukitan di utara serta memajukan projek pengeluaran susu lembu, telor dan ayam-itik serta pemeliharaan istimewa yang lain di bandar, pekan dan kawasan industri dan perlombongan. Encik Li Wenhao berkata: " Dalam tempoh lebih lima tahun yang lalu, kami melaksanakan secara menyeluruh pembangunan 6 pojek besar iaitu pemuliharaan tanah pertanian menjadi hutan semula, perlindungan hutan asli, hutan buah-buahan ekonomi, pemuliharaan ternakan, projek pengairan ladang pertanian dan pemindahan penduduk. Oleh itu, wajah kampung di sini telah mengalami perubahan yang besar.

Melalui usaha kaum petani, cara pengeluaran tradisional petani di kawasan Yenan yang mengutamakan bahan makanan sedang digantikan oleh cara pengeluaran pertanian moden iaitu pelbagai ekonomi dan hasil pertanian yang tinggi. Pembangunan ekologi alam sekitar telah mengurangkan kebergantungan kaum petani untuk menambah pendapatan daripada hasil pertanian sahaja, oleh itu, telah mengurangkan kesan bencana alam terhadap pendapatan petani. Pada tahun 2002, pendapatan perkapita tahunan petani Yennan mencatat lebih 1500 yuan Renminbi, perubahan itu akan dapat menyelesaikan masalah kemiskinan dan menjana pembangunan masyarakat kaya secara menyeluruh.

(Wang Ling)