![]( /mmsource/images/2004/04/24/f.jpg) Menurut Agensi Berita Xinhua, jurucakap Kementerian Kesihatan China mengesahkan semalam bahawa melalui pemeriksaan kumpulan pakar Kementerian Kesihatan China semalam, seorang pesakit SARS dan satu kes kebarangkalian SARS dikesan di provinsi Anhui, timur China. Satu kes kebarangkalian SARS Beijing yang dikesan pada 22 April telah dikenalpasti pesakit SARS dan satu kes kebarangankalian SARS dikesan lagi.
Antara 4 orang tersebut, 3 orang bekerja di hospital atau menjalankan penyelidikan perubatan. Pakar menganalis bahawa wabak SARS kali ini mungkin direbak di makmal.
Jabatan Am Pengawasan, Pemeriksaan dan Kuarantin China dan Kementerian Kesihatan China semalam mengeluarkan pemberitahuan kecemasan, menuntut meningkatkan pengawasan dan kuarantin terhadap pintu keluar masuk dan pengangkutan dalam negara.
Kementerian Kesihatan China juga membuat peraturan terperinci untuk menuntut pelbagai tempat China memulihkan sistem pelaporan serta membuat persiapan kecemasan.
|