Wartawan CRI melaporkan, Sidang Tahunan 2004 Forum Asia Boao hari ini memesuki hari kedua, usahawan dari negara anggota Forum Asia Boao serta pelbagai negara yang lain telah menghadiri Sidang Kemuncak Usahawan pagi tadi. Sidang itu dipengerusikan oleh wakil kanan China Forum Asia Boao yang juga Pengerusi Persatuan Usahawan China Chen Jinhua. Presiden Bank Pembangungan China Zhang Enzhao, Ketua Pengarah Syarikat Elektronik Sumsung Korea Selatan, Lee Kitae, Ketua Pengarah Kumpulan BMW, Helmut Panke menyampaikan ucapan mereka tentang isu kerjasama industri pembuatan Asia, mewujudkan jenama unggul perusahaan Asia dan lain-lain.
Sidang Tahunan Forum Asia Boao kali ini memasuki peringkat perbincangan secara perasingan, Gabenor Bank Rakyat China, Encik Zhou Xiaochuan, Anggota Majlis Pusat Pengajian Strategi Antarabangsa Indonesia, Mari Penfestu dan bekas Duta Besar Filipina ke China Jusue L.Villa telah masing-masing berbincang dengan para peserta tentang isu kerjasama kewangan, perindustrian dan perdagangan di Asia serta usaha kerjasama dan pertukaran dalam bidang kebudayaan.