Wartawan CRI melaporkan bahawa Forum Industri dan Perdagangan Asia-Pasifik Pertubuhan Ekonomi Sisial Asia-Pasifik diadakan di Shanghai malam semalam, forum kali ini akan lebih mementingkan pengaruh China terhadap perkembangan ekonomi rantau Asia-Pasifik.
Seramai lebih 230 tokoh kalangan industri dan perdagangan, pegawai, pakar dan sarjana telah menghadiri forum kali ini.
Pegawai Suruhanjaya Pembangunan dan Pembaharuan China, Zhang Xiaoqiang berkata dalam upacara perasmian bahawa ekonomi pelbagai anggota Pertubuhan Ekonomi dan Sosial Asia-Pasifik menempati 70% ekonomi sejagat. Perkembangan rantau Asia-Pasifik mendatangkan peluang kepada China, pembangunan China juga menyediakan pasaran yang lebih luas dan lebih banyak peluang kepada perkembangan Asia-Pasifik.
|