Wartawan CRI melaporkan bahawa Naib Menteri Perdagangan China, Yu Guangzhou menyatakan semalam, rundingan perdagangan banyak hala WTO pusingan baru harus mengambil iktibar dari sidang Kankun pada tahun 2003, mementingkan perhatian yang rasional anggota negara membangun supaya rundingan mencapai hasil yang lebih seimbang.
Demikian dinyatakan oleh Yu Guangzhou ketika menghadiri aktiviti sidang tahunan 2004 Forum Asia Boao. Beliau bekata, untuk mencapai kemajuan sebenar dengan lebih awal, perhatian dan kepentingan negara membangun anggota WTO harus dipertimbangkan dan dicerminkan dalam hasil rundingan. Serentak itu, mesti mempertimbangkan kesukaran dan tuntutan munasabah anggota baru serta membuat pengaturan yang istimewa.
Yu Guangzhou menyatakan, China akan terus mementingkan serta menyertai rundingan perdagangan banyak hala dan berusaha memainkan peranan yang bersifat membina.
|