Menurut berita CRI, Menteri Luar Kemboja Hor Namhong di Phnom Penh Kemboja hari ini berkata bahawa lawatan Perdana Menteri Kemboja Hun Seng ke China mencapai kejayaan baru-baru ini.
Hor Namhong dalam sidang akhbar yang diadakan di lapangan terbang antarabangsa Phnom Penh berkata bahawa ini merupakan lawatan yang mempunyai erti strategik. Dalam tempoh lawatan itu, pemimpin pemimpin Kemboja dan China bertukar-tukar pandangan dan mencapai kata sepakat tentang hubungan antara dua hala dan masalah rantau kawasan dan antarabangsa yang mempunyai kepentingan bersama. Kedua-dua negara juga menandatangani banyak dokumen kerjasama ekonomi dan perdagangan serta pelaburan .
|