Mengenai Siaran B. Melayu Mengenai CRIHubungi Kami
Klik sini ke Galeri Foto...
China Radio International
Berita China
Berita Dunia
Inovasi
Masyarakat
Horizon
Arena Ekonomi
Sukan
China-ASEAN
(GMT+08:00) 2004-04-26 15:59:28    
Hong Kong Ambil Tindakan Baru Tarik 20 Juta Orang Pelancong

CRI
Industri pelancongan merupakan salah satu industri utama di Hong Kong dan juga industri yang paling mudah terjejas akibat perebakan wabak penyakit. Pada awal tahun 2003, perebakan wabak SARS berlaku di Hong Kong sehingga kadar pelancong ke Hong Kong berkurangan dengan ketara, sebahagian perkhidmatan kapal terbang ke pulau tersebut dibatalkan, urus niaga kedai dan restoran terijejas dengan serius dan jarang kelihatan pengunjung di destinasi pelancongan. Pada penghujung bulan Jun tahun 2003, setelah Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengumumkan Hong Kong dikeluarkan daripada senarai kawasan perebakan wabak itu, Biro Perkembangan Pelancongan Hong Kong melaksanakan tindakan pertama untuk memulihkan perkembangan ekonomi Hong Kong dan mengumumkan rancangan promosi pelancongan di seluruh dunia. Puan Zhou Liangshuyi, pegawai kerajaan Hong Kong berkata, sewaktu menghadapi perebakan wabak SARS, kerajaan, pelbagai kalangan masyarakat dan agensi pelancongan bersatupadu berusaha memulihkan perkembangan industri pelancongan. Pada bulan Oktober 2003, jumlah pelancong di Hong Kong berjumlah lebih 1.69 juta orang iaitu mencipta rekod tertinggi bilangan pelancong mengikut kadar bulanan. Pada bulan Disember 2003, rekod tersebut meningkat lagi mencapai 1.79 juta orang dan mencerminkan industri pelancongan Hong Kong sudah pulih dan mempunyai masa depan yang cerah.

Pada bulan Januari 2004, jumlah pelancong di Hong Kong mencatat 1.75 juta orang iaitu meningkat 13.1% berbanding tempoh yang sama tahun 2003. Ketua Pengarah Biro Perkembangan Pelancongan Hong Kong Encik Zang Minghua berkata, "Ia merupakan satu permulaan yang baik bagi industri pelancongan Hong Kong pada tahun 2004. Tetapi perebakan wabak Selesema Burung berlaku di beberapa negara Asia, A.S dan Kanada.. Puan Zhou Liangshuyi berkata, disebabkan keadaan tersebut, mereka perlu bersikap optimis tentang perkembangan industri pelancongan Hong Kong pada tahun 2004. Dijangka pasaran pelancongan Hong Kong akan pulih sepenuhnya sebelum penghujung tahun 2004.

Beliau berkata pada tahun 2004, Biro Perkembangan Pelancongan Hong Kong akan memberi tumpuan kepada 5 kerja utama iaitu: pertama, menarik kumpulan pelanggan berpotensi tinggi yang boleh mendatangkan keuntungan besar, misalnya pelancongan perdagangan, persidangan, pameran, dan pelancongan hadiah serta pelancongan kapal persiaran; kedua mengurus "Pelancongan Perseorangan" dan meneroka kawasan dan bandar yang berpotensi di tanah besar China termasuk kawasan di sekitar Laut Bohai, kawasan Delta Sungai Yangtzer dan kawasan Delta Sungai Mutiara; ketiga terus menganjurkan aktiviti besar seperti Perayaan Musim Sejuk supaya dapat menambah pengalaman pelancong di Hong Kong; keempat melaksanakan persiapan yang mencukupi apabila projek pelancongan penting yang akan dibuka pada tahun 2005 dan 2006, misalnya Taman Disney dan Kereta Gantung Dongyong dan kelima bekerjasama dengan pelbagai kalangan masyarakat memperbaiki perkhidmatan supaya meningkatkan kedudukan Hong Kong sebagai destinasi pelancongan pilihan pertama di dunia.

Menyentuh tanah besar China, pasaran sumber pelancong yang terbesar bagi Hong Kong, Biro Perkembangan Pelancongan Hong Kong menyatakan bahawa pada tahun 2004, ia akan terus menerokai pasaran tersebut dan menjadikannya sebagai penggalak utama dalam pertumbuhan industri pelancongan, serentak itu, Hong Kong berjaya menjadi bandar yang "mesti dikunjungi" atau "mesti dilalui" dalam jadual pelancong tanah besar China melancong ke luar negeri.

Dianggarkan bahawa pada tahun 2004, jumlah pelancong tanah besar China yang sudah dan akan mengunjungi Hong Kong akan mencatat 11.2 juta orang iaitu meningkat 31.7%.

----Azmi